Saiful Nazri Nordin (2004) Kajian ketoksikan makanan dalam bentuk alahan atau alergi di kalangan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001316.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kaitan antara faktor demografi dan jenis makanan yang biasa menyebabkan alergi di kalangan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah. Kaedah tinjauan yang telah dijalankan di dalam kajian ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik. Jumlah responden yang terlibat dalam penyelidikan ini adalah seramai 500 orang (250 lelaki (50%); 250 perempuan (50%) yang berumur antara 11 hingga 50 tahun. Data yang diperolehi dikumpulkan dan direkodkan seterusnya dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science).Hasil kajian ini mendapati bahawa 360 orang (72%) daripada responden menghidapi masalah alergi. Masalah alergi tidak dipengaruhi oleh jantina. Kedua-dua jantina mempunyai kebarangkalian yang sama untuk menghidapinya. Kaum wanita didapati lebih alergi terhadap makanan berbanding kaum lelaki. Berdasarkan 72% responden, terdapat 56.2% responden alergi terhadap makanan. Makanan yang paling kerap dilaporkan menyebabkan alergi adalah makanan laut seperti ikan, sotong diikuti udang dan ketam. Seterusnya bijirin, kekacang, tenusu, sayuran dan buah-buahan. Anak pertama dalam keluarga adalah lebih mudah menghidapi masalah alergi makanan berbanding dengan anak seterusnya. Sebanyak 73% responden yang bermasalah alergi adalah disebabkan oleh faktor keturunan. Dengan kedua-dua ibu dan bapa yang bermasalah alergi adalah lebih senang mendapat alergi iaitu (67.3%). 35% berpunca alergi terhadap makanan bedasarkan keturunan manakala 38% tiada saling kaitan terhadap faktor keturunan. Secara kesimpulannya, didapati bahan makanan laut merupakan makanan yang sering menyebabkan masalah alergi di kalangan masyarakat Bajau Kota Belud. Keturunan keluarga pula merupakan faktor utama penyebab alergi.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | demographic factor, type of food, allergy, Bajau, seafood, heritage |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 11 Sep 2013 15:35 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 13:40 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6940 |
Actions (login required)
View Item |