Kesan ekstrak Eupatorium odoratum sebagai antimikrob terhadap Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus dan Candida albicans

Aina Mardhiah Nordin (2007) Kesan ekstrak Eupatorium odoratum sebagai antimikrob terhadap Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus dan Candida albicans. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001328.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ilmiah ini dijalankan adalah untuk megkaji kesan ekstrak daun spesis Eupatorium odoratum sebagai antimikrob terhadap mikrob Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus,dan candida albicans yang menyebabkan penyakit pad a kulit manusia. Kaedah yang digunakan ialah ujian kesensitifan iaitu kaedah kepekatan minimum perintang (Minimal Inhibitory Concentration) dengan mengukur kepekatan antibiotik paling rendah dalam ekstrak tumbuhan dikaji yang mampu menghalang tumbesaran bakteria dan kulat yang dapat dilihat. Keputusan dari kajian ini menunjukkan ekstrak daun spesis Eupatorium odaratum ini dapat merencat pertumbuhan bakteria Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus dan kulat Candida albicans. Ekstrak daun ini dapat merencat pertumbuhan Bacillus subtilis pada MIC 125mg/ml, Staphylococcus aureus pada M1C 250 mg/ml, manakala bagi kulat pula pada MIC 500 mg/ml. Dalam perbandingan antara ketiga-tiga mikrob ini, menunjukkan ekstrak daun spesis Eupatorium odoratum didapati paling berkesan dalam merencatkan pertumbuhan Bacillus subtilis berbanding Staphylococcus aureus dan Candida albicans. Dalam pengukuran diameter zon perencatan mikrob yang paling tinggi adalah Bacillus subtilis iaitu 16mrn pada kepekatan ekstrak daun 500mg/ml. Darjah kesensitifan Bacillus subtilis ke atas ekstrak daun Eupatorium odoraturn adalah yang tertinggi. Ternyata dari keputusan yang didapati bahawa ekstrak daun Eupatorium odoratum ini mampu merencatkan pertumbuhan mikrob Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus, dan Candida albicans. lni menunjukkan bahawa ekstrak daun ini mempunyai agen kemoteraputik yang mampu menghalang pertumbuhan mikrob-mikrob yang digunakan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Eupatorium odoratum, Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus, Candida albicans, chemotherapeutic agent, extract
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Sep 2013 11:42
Last Modified: 16 Oct 2017 17:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6988

Actions (login required)

View Item View Item