Status pemakanan di kalangan ibu-ibu hamil yang menghidap anemia di daerah Kota Belud

Anidah Kamsin (2007) Status pemakanan di kalangan ibu-ibu hamil yang menghidap anemia di daerah Kota Belud. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001337.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui status pemakanan di kalangan ibu-ibu hamil yang menghidapi anemia di sekitar Daerah Kota Belud, di mana 102 orang responden mengambil bahagian dalan kajian yang dijalankan ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui status pemakanan ibu-ibu hamil yang menghidap anemia daripada tabiat pemakanan mereka, mengetahui min pengambilan zat besi dalam sehari daripada diet pemakanan ibu-ibu hamil ini dan membandingkannya dengan saranan pengambilan zat besi daripada Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia, 2005, serta untuk mengetahui perubahan berat badan ibu-ibu yang hamil ini sebelum dan semasa kehamilan, sama ada mencapai saranan ataupun tidak. Saranan perubahan berat badan ini adalah mengikut kepada piawaian saranan pertambahan berat badan oleh Institute of Medicine (10M). Seramai 102 orang responden yang terdiri daripada wanita hamil yang menghidap anemia pada ketiga-tiga trimester kehamilan telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Persampelan responden telah dijalankan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), Klinik Kesihatan (KK) serta beberapa Klinik Desa (KD) sekitar Daerah Kota Belud, dan telah dibantu oleh jururawat di klinik-klinik yang terlibat. Pengambilan diet pemakanan wanita-wanita yang hamil ini diketahui melalui borang ingatan diet 24 jam dan juga borang kekerapan pengambilan makanan (FFQ). Status pemakanan responden dinilai melalui tabiat pemakanan responden melalui borang soal selidik dan didapati bahawa majoriti daripada responden tidak mengamalkan makanan dan minuman yang merendahkan penyerapan zat besi dalam badan. Penilaian pengambilan zat besi melalui diet pemakanan ibu-ibu hamil mendapati bahawa peratusan responden yang mengambil zat besi kurang 2/3 daripada saranan RNI Malaysia, 2005 adalah tinggi iaitu 67.7% dengan 8.71 ± 4.07 mg zat besi. Melalui penilaian pengambilan zat besi daripada diet pemakanan dan suplemen zat besi mendapati peratusan responden yang mengambil zat besi antara 2/3 hingga mencapai RNI adalah tinggi iaitu 64.4% dengan 112.28 ± 7.39 mg zat besi. Terdapat perkaitan yang signifikan antara paras Hemoglobin (Hb) dengan pengambilan zat besi dalam diet pemakanan responden (r = 0.534, P = 0.102) apabila ujian korelasi bivariate Pearson digunakan. Terdapat juga perkaitan yang signifikan antara berat sebelum dan semasa kehamilan untuk ketiga-tiga trimester (p<0.001) apabila Ujian-t berpasangan digunakan. Perubahan berat badan ini juga menunjukkan terdapat pertambahan berat badan untuk responden untuk sebelum dan semasa kehamilan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: nutritional status, anemic pregnant mother, habit, dietary iron intake
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Sep 2013 16:28
Last Modified: 16 Oct 2017 17:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7006

Actions (login required)

View Item View Item