Foo, Tze Yin (2006) Penilaian antropometri bayi (6 - 11 Bulan) di klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Jalan Kebajikan serta Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Pekan, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001370.pdf Download (7MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi menjalankan penilaian antropometri bayi (6- 11 bulan) di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Jalan Kebajikan serta Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan, Kota Kinabalu. Kajian ini bertujuan untuk menentukan status pertumbuhan dan perkembangan bayi, mengenalpasti corak dan amalan pemberian makan yang diamalkan serta menentukan perkaitan corak pertumbuhan dan perkembangan bayi dengan corak dan amalan pemberian makan bayi. Pengukuran antropometri bayi seperti berat, panjang dan ukur lilit kepala telah dijalankan. Di samping itu, soal selidik juga dijalankan secara temu bual dengan ibu untuk mendapat maklumat demografi, sejarah kesihatan bayi, amalan pemberian makan bayi serta rekod ukuran antropometri. Responden kajian terdiri daripada 158 pasangan. Hasil kajian mendapati 47 (29.7%) orang bayi disusu dengan susu ibu, 13 (8.3%) orang bayi disusu dengan susu formula serta 98 (62.0%) orang bayi disusu dengan susu campur. Majoriti bayi berstatus normal bagi berat (96.2%), panjang (86.1%) dan ukur liIit kepala (93.7%). Ujian Khi-Kuasa Dua mendapati tiada perkaitan di antara corak dan amalan pemberian makan bayi dengan status pertumbuhan dan perkembangan berat, panjang dan ukur lilit kepala masing-masing. Selain itu, hasil kajian ini juga mendapati bahawa seramai 145 (91.8%) orang bayi pernah atau sedang mengamalkan penyusuan susu ibu. Umur min dan median bayi mula diperkenalkan makanan tambahan ialah masing-masing 4.8 bulan dan 5 bulan. Ujian ANOVA telah mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pada min berat bayi yang diberi susu ibu, susu formula dan Susu campur apabila berumur 5 bulan (p=0.047) dan 6 bulan (p=O.032). Tiada perbezaan signifikan dalam min panjang dan min ukur lilit kepala bayi mengikut corak dan amalan pemberian makan Nbayi pada 6 bulan pertama kehidupan. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa tiada perkaitan antara status pertumbuhan dan perkembangan bayi dengan corak dan amalan pemberian makan bayi. Namun demikian, terdapat perbezaan yang signifikan antara berat bayi berumur 5 dan 6 bulan mengikut corak dan amalan pemberian makan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | infants' anthropomet , ry, Anthropometry measurements , Chi-square test |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | MDM FAUZIAH MATSIN |
Date Deposited: | 26 Sep 2013 11:16 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 11:38 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7100 |
Actions (login required)
View Item |