Aminul Hamizah Ahmad Zulkifli (2005) Penghasilan serbuk cincaluk. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001388.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Penghasilan serbuk cincaluk ini adalah bertujuan untuk membangunkan produk baru berasaskan udang geragau kering, nasi, garam dan juga air. Keputusan yang diperolehi daripada penilaian sensori bagi Ujian Pemeringkatan menunjukkan sampel F1, F5 dan F9 merupakan formulasi terbaik setiap kumpulan manaka'a keputusan Ujian Skala Hedonik menunjukkan sampel F1 dipilih sebagai formulasi terbaik. Ini kerana F1 mempunyai nilai skor min yang tertinggi untuk atribut warna (4.87 ± 1.68), aroma (4.37 ± 1.45), rasa udang (3.87 ± 1.50), kemasinan (4.60 ± 1.50) dan penerimaan keseluruhan (5.03 ± 1.00). Keputusan analisis proksimat pula menunjukkan peratusan nilai produk adalah 1.25 ± 0.03% kandungan air, 22.16± 2.81% kandungan abu, 52.50 ± 3.39% kandungan protein, 0.69 ± 0.02 % kandungan lemak, 1.24± 0.06% kandungan serabut kasar dan 22.4 ± 0.50% kandungan karbohidrat. Berdasarkan ujian fizikokimia, nilai akhir pH produk yang disimpan pada suhu bilik (25°C) adalah 5.52 ± 0.02. Keputusan daripada ujian mikrobiologi pula menunjukkan sampel yang disimpan pada suhu bilik (25°C) sudah mula mengalami kerosakan berbanding sampal yang disimpan pada suhu peti sejuk (4°C) berdasarkan kiraan kulat dan kiraan jumlah plat.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | cincaluk, product, temperature, pH, colony counting, total plat count |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 01 Oct 2013 09:44 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 11:50 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7133 |
Actions (login required)
View Item |