Noorhazlinawatie Kinsiu (2006) Kajian terhadap tahap pengambilan makanan segera dan tahap pengetahuan nutrisi di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001404.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian dijalankan untuk mengetahui tahap pengambilan makanan segera dan tahap pengetahuan pemakanan yang berkhasiat di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Seramai 600 orang responden terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang menetap di kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah terlibat di dalam kajian dimana mereka diminta untuk menjawab kesemua soalan yang terdapat dalam borang soal selidik. Analisis kajian menggunakan ujian Korelasi, ujian khi Kuasa Dua dan ujian Multiple Dichotomy Analisys. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti tahap pengambilan makanan segera dikalangan pelajar adalah sebulan sekali iaitu sebanyak 392 (66.4%) orang responden. Faktor utama responden gemar memakan makanan segera adalah untuk suka-suka iaitu mengikut kesukaan masing-masing untuk memakan makanan segera dan juga selepas melihat iklan dengan peratusan 411 (69.7%) dan 347 (58.8%) orang responden. Faktor lain adalah seperti menghilangkan tekanan, ajakan dari rakan dan ingin menukar selera. Hampir kesemua responden 507 (85.9%) orang responden mempunyai pengetahuan tentang pemakanan yang berkhasiat. Tidak terdapat perbezaan pengambilan makanan segera diantara responden lelaki dan perempuan, dimana nilai aras keertian adalah 0.230 (p>0.05) dan nilai korelasi =-0.083. Kesimpulannya makanan segera merupakan makanan sampingan yang menjadi kegemaran pelajar Universiti Malaysia Sabah pada masa kini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | level of fast food, gender, student, intake, nutrition knowledge |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 08 Oct 2013 12:21 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 12:07 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7211 |
Actions (login required)
View Item |