Kesan makanan berlemak ke atas tumbesaran remaja di Kota Kinabalu Sabah

Norlailawati Mohd Karim (2006) Kesan makanan berlemak ke atas tumbesaran remaja di Kota Kinabalu Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001424.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti corak pemakanan remaja di Kota Kinabalu terutamanya untuk mengenalpasti kesan pengambilan makanan berlemak ke atas tumbesaran remaja, persepsi berat badan dan juga untuk mengkaji perkaitan pengambilan makanan berlemak sebagai faktor obesiti di kalangan remaja. Kajian ini dijalankan melibatkan golongan remaja terutama yang masih bersekolah kerana mereka lebih mengetahui tentang keperluan pemakanan mereka berbanding orang lain. Kajian ini dijalankan dengan mengambil ukuran antropometri terutamanya ketinggian dan berat remaja. Ini kerana pengukuran ini akan menentukan sama ada remaja mengalami tumbesaran yang normal atau tidak melalui nilai BMI yang diperolehi. Remaja mengalami tumbesaran melalui pertambahan ketinggian dan juga pertambahan berat badan. Pertumbuhan yang sempurna adalah remaja mengalami pertambahan ketinggian berbanding dengan pertambahan berat. Seramai 305 orang remaja yang berusia antara 11 hingga 17 tahun telah diambil sebagai responden untuk kajian ini daripada beberapa sekolah disekitar Kota Kinabalu. 168 responden adalah remaja lelaki manakala 137 orang lagi adalah remaja perempuan. Daripada kajian ini didapati ramai remaja mempunyai be rat badan yang berlebihan. Daripada 305 orang responden, 20.0% remaja didapati mengalami berat badan berlebihan. 2.6% pula mengalami obesiti dan 23.9% mengalami kekurangan berat badan. Bilangan remaja yang normal adalah 53.4%. Sebahagian besar remaja mempunyai persepsi yang tepat bagi imej tubuh mereka. Hasil dan keputusan kajian ini diterjemahkan dalam bentuk jadual. Pengambilan lemak yang berlebihan dalam diet menyebabkan masalah obesiti dikalangan remaja di samping faktor genetik dari keluarga. Aktiviti ftzikal yang dilakukan membantu mencernakan lemak yang tidak diperlukan dan mengelakkan kejadian obesiti di kalangan remaja.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: food intake, teenager, BMI, diet, obesity, digest
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Oct 2013 10:27
Last Modified: 17 Oct 2017 12:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7222

Actions (login required)

View Item View Item