Pengkuantifikasian sisa pepejal dari segi jantina, tahun pengajian, sumber kewangan dan corak pembelian di kolej kediaman Kurnia Perdana

Sarva Mangala Praveena (2005) Pengkuantifikasian sisa pepejal dari segi jantina, tahun pengajian, sumber kewangan dan corak pembelian di kolej kediaman Kurnia Perdana. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001465.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai pengkuantifikasian sisa pepejal dari segi jantina, tahun pengajian, sumber kewangan dan corak pembelian telah dijalankan di Kolej Kediaman Kurnia Perdana. Kajian ini dibuat bagi mengenalpasti jenis dan kuantiti sampah sarap yang dibuang oleh para pelajar yang tinggal di kolej tersebut. Ia juga untuk melihat perbandingan tren antara hasil pensampelan sebenar dengan min dari soal selidik. Pengaruh faktor jantina, tahun pengajian, sumber kewangan, dan corak pembelian dikaji dari segi jenis dan jumlah sampah. Ia juga bertujuan untuk melihat samada sistem pengasingan sampah sebelum sampah dibuang berkesan dalam mengurangkan jumlah sampah sarap yang dibuang dalam kehidupan harian dan mencadangkan alternatif pengurusan dan pelupusan sampah yang sesuai di kolej berkenaan. Kajian soal selidik telah dijalankan bersama-sama tiga siri pensampelan pada rninggu keempat bulan Ogos, September dan Oktober. Dari analisis pengkuantifikasian didapati sampah jenis kertas, plastik dan tin adalah banyak dihasilkan di Kolej Kediaman Kurnia Perdana. Graf tren min dari soal selidik dan hasil pensampelan sebenar 3 bulan menunjukkan bulan menunjukkan responden lelaki lebih banyak menghasilkan sampah jenis kertas berbanding jenis sampah yang lain manakala responden perempuan lebih banyak menghasilkan sampah jenis plastik sebagai sampah utama, diikuti oleh kertas dan organik. Walaubagaimanapun, min bagi kertas bagi pelajar perempuan dan pelajar lelaki tidak jauh bezanya dengan min dari soal selidik dan jumlah hasil pensampelan 3 bulan. Dari analisis ANOVA, hanya faktor tahun pengajian yang mempengaruhi penghasilan sampah berisi kertas dengan hasil nilai signifikan yang terhasil iaitu 0.00 (p< 0.05). Ia tidak mempengaruhi penghasilan jenis sampah plastik, tin, bahan makanan dan lain-lain sampah. Sistem pengurusan berkesan yang melibatkan pengasingan sampah dan kitar semula adalah jalan penyelesaian terbaik dalam pengurusan sisa pepejal di Kolej Kediarnan Kurnia Perdana.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: factors of gender, quantification of solid waste, financial source, buying trend, recycling, segregation system
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Oct 2013 13:23
Last Modified: 17 Oct 2017 12:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7327

Actions (login required)

View Item View Item