Kesan indeks kematangan ke atas ciri-ciri tekstur dan fizikokimia buah betik (Carica papaya L.) kultivar panjang

Choo, Sin Poh (2006) Kesan indeks kematangan ke atas ciri-ciri tekstur dan fizikokimia buah betik (Carica papaya L.) kultivar panjang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001470.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian tentang kesan indeks kematangan ke atas ciri-ciri tekstur dan fizikokimia buah betik (Carica papaya L.) kultivar Panjang telah dijalankan. Ciri-ciri fizikokimia termasuk kehilangan berat buah, kajian perubahan morfologi buah, kepekatan ion hidrogen (pH), jumlah peratusan asid sitrik, kelembapan, jumlah pejal terlarut (TSS), komposisi gula dan ciri-ciri tekstur secara penembusan mengikut indeks warna juga dikenali sebagai indeks kematangan) telah diuji ke atas buah betik Panjang yang dibekal dari kebun komersial di Keningau, Sabah. Perubahan morfologi buah merentasi indeks kematangan termasuk warna kulit, isi dan biji benih buah serta tempoh pemasakan telah dikaji. Kehilangan berat buah berkorelasi kuat secara positif dengan kedua-dua indeks kematangan (r=0.938**) dan hari penyimpanan (r=0.985**). Kandungan asid sitrik, TSS, jumlah gula dan gula tak penurun meningkat dengan ketara (P<0.05), manakala kandungan pH dan kelembapan menurun dengan ketara (P<0.05) mengikut tahap kematangan. Kandungan gula penurun menunjukkan penurunan dari indeks 1 hingga 3 dan diikuti oleh peningkatan yang mendadak (P<0.05). Terdapat hubungan korelasi kuat antara indeks kematangan dengan semua ciri-ciri kimia yang dikaji (r>0.900** atau r>-0.900**) kecuali gula penurun (r=0.623**). Berdasarkan ujian penembusan, didapati daya dan tenaga titik hasil (yield point) bagi ketiga-ketiga diameter prob yang digunakan (8.0mm, 6.4mm dan 4.8mm) menunjukkan tren menurun yang signifikan (P<0.05) merentasi indeks kematangan. Ini mencadangkan tekstur buah semakin lembut mengikut kematangan. Kesan dominan prob ke atas tisu buah betik Panjang adalah kesan mampatan berbanding dengan kesan ricihan. Kedua-dua daya dan tenaga titik hasil berkorelasi kuat dengan indeks kematangan, dengan daya titik hasil (r>-0.900**) lebih sesuai untuk digunakan sebagai indeks tekstur atau indeks kematangan berbanding dengan tenaga titik hasil (r<-0.900**). Diameter prob 8.0mm adalah paling sesuai digunakan untuk menguji ciri-ciri tekstur betik Panjang memandangkan hubungan korelasi yang paling kuat (r=-0.930**) dengan indeks kematangan. Buah betik Panjang turut diklasifikasi kepada kategori buah masak dan tidak masak berdasarkan ciri-ciri tekstur. Indeks kematangan 3 (warna hijau melebihi kuning) dalam buah betik Panjang dikenalpasti tahap permulaan perubahan mendadak untuk majoriti ciri-ciri fizikal, tekstur dan kimia diikuti oleh perubahan pada kadar yang perlahan selepas indeks kematangan 4. Kesimpulannya, kesemua ciri-ciri fizikokimia dan tekstur yang dikaji dapat digunakan sebagai penunjuk tahap kematangan buah betik Panjang kerana berkorelasi kuat dengan indeks kematangan. Namun untuk ramalan tahap kematangan buah betik yang tepat, gabungan ciri-ciri tekstur dan fizikokimia diperlukan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: maturity, texture, physicochemical properties, Carica papaya L.
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Oct 2013 14:56
Last Modified: 17 Oct 2017 12:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7347

Actions (login required)

View Item View Item