Che Ab. Rahim Che Ibrahim (2004) Kajian tekanan dan sebatian terhidrat dalam kiub konkrit menggunakan CST dan XRD. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001483.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Suatu penyelidikan ke atas sampel kiub konkrit menggunakan simen Portland jenis biasa cap gajah gred 20 telah dijalankan. Nisbah campuran simen kepada pasir, batu dan air ialah 1:3:5: 1. Daripada pemerhatian, didapati kekuatan tekanan adalah berkadar terus dengan umur dan masa di mana kiub konkrit yang berumur 28 hari lebih kuat berbanding dengan 3 hari. Masa yang diambil oleh kiub konkrit berusia 28 hari untuk pecah ialah 64.00±0.05 saat. Manakala konkrit berusia 3 hari ialah 46.50±0.05 saat. Daripada analisis XRD pula, didapati sebatian yang terkaodung dalam kiub konkrit terdiri daripada calsium copper vanadium oxide (CaCuV07), aluminium silicate oxide (AI2SiO5), silicon dioxide atau quartz (Si02), magnesium silicate (Mg2Si04), calcium silicate chloride (Ca2SiO3Cl), cesium sodium manganese fluoride (Cs2Na(MnFI2)), magnesium nickel hydride (Mg2NiH.26), nickel zinc (NiZn3), calcium gold germanium (CaAuGe), silicon sulfide (SiS2), cesium tellurate (CsTe2O5), beryllium fluoride (BeF2), aluminium manganese titanium ((AI2.68Mn0.32)Ti), dan calcite (CaCO3). Hampir setiap kiub konkrit mengandungi unsur Si02 yang tinggi. Penyelidikan ini menyimpulkan bahawa kekuatan tekanan kiub konkrit adalah dipengaruhi oleh nisbah bancuhan, umur dan cara pengawetan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | portland cement, age, time, concrete cube, mixture ratio, way of curing |
Subjects: | T Technology > TH Building construction |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 24 Oct 2013 14:50 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 12:53 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7399 |
Actions (login required)
View Item |