Foo, Soo Ling (2006) Pembangunan minuman herba dukung anak (Phyllanthus niruri Linn.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001501.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan minuman herba dukung anak (Phyllanthus niruri) melalui formulasi terbaik, berdasarkan penilaian deria, penentuan ciri-ciri fizikokimia, analisis proksimat, mutu simpanan dan kos bahan mentah. Reka bentuk faktorial digunakan dan sebanyak 18 formulasi dibangunkan dengan menggunakan pemanis gula atau Sweta; nisbah ekstrak herba dan pemanis yang berbeza. Ujian sensori menunjukkan formulasi 5 dan formulasi 14 merupakan formulasi terbaik yang masing-masing menggunakan pemanis gula dan Sweta. Melalui analisis proksimat, didapati bahawa formulasi 5 terdiri daripada 90.00 ± 0.01 % lembapan, 0.08 ± 0.01% abu dan 9.92 ± 0.01% karbohidrat, manakala kandungan lemak, protein dan serabut kasar tidak dapat dikesan. Ujian fizikokimia pula menunjukkan formulasi 5 mempunyai nilai pH 4.08 ± 0.01,7.23 ± 0.06°brix dan 0.16 ± 0.01% asid tertitrat. Hasil analisis proksimat formulasi 14 pula menunjukkan kandungan lembapan 99.87 ± 0.01%, kandungan abu 0.07 ± 0.01% dan kandungan karbohidrat 0.02 ± 0.01 %, namun kandungan lemak, protein dan serabut kasar tidak dapat dikesan juga. Ujian fizikokimia bagi formulasi 14 menunjukkan nilai pH 4.07 ± 0.01, 0.17 ± 0.06°brix dan 0.16 ± 0.01% asid tertitrat. Kedua-dua formulasi adalah bebas daripada pertumbuhan mikroorganisma dengan anggaran koloni kurang daripada 10 cfu/ml bagi kiraan jumlah plat dan kiraan yis dan kulat. Semua keputusan kajian mutu simpanan formulasi 5 dan formulasi 14 melalui analisis fizikokimia, ujian mikrobiologi serta ujian sensori perbandingan berganda menunjukkan tiada perubahan ketara (p>0.05) sepanjang 8 minggu tempoh penyimpanan kecuali jumlah kandungan politenol dalam unit miligram GAE per gram dukung anak kering yang didapati berkurangan secara ketara (p<0.05), iaitu daripada 110 ± 1 kepada 109 ± 1 bagi formulasi 5 dan daripada 105 ± 1 kepada 103 ± 1 bagi formulasi 14. Formulasi 14 dipilih sebagai formulasi terbaik untuk produk akhir. Hasil kajian pengguna menunjukkan bahawa sebanyak 39% pengguna yang disoal-selidik akan membeli produk, 55% pengguna mungkin akan membeli dan 6% tidak akan membeli produk minuman herba ini. Oleh itu, produk minuman herba dukung anak dengan pemanis Sweta mempunyai potensi pemasaran yang agak baik.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Phyllanthus niruri, herbal drink, Sweta, sweetener, herbal extract ratio |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 28 Oct 2013 11:01 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 12:56 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7410 |
Actions (login required)
View Item |