Kajian kesan panjang antena ke atas corak radiasi antena dwikutub

Nur Vivianni Gadiman (2004) Kajian kesan panjang antena ke atas corak radiasi antena dwikutub. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001538.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Antena memainkan peranan penting dalam sistem komunikasi tanpa wayar. Dengan adanya antena, penghantaran maklumat dari satu tempat ke satu tempat lain melalui ruang bebas dapat dilaksanakan. Terdapat pelbagai jenis antena dan masing-masing mempunyai ciri-ciri radiasi yang tersendiri. Antena dwikutub merupakan antena yang paling ringkas dan paling umum untuk semua aplikasi. Ia terdiri daripada dua wayar atau rod lurus berkonduktor dengan panjang tertentu dan disambungkan pada satu pusat suap kepada transmiter melalui paip berongga. Prestasi antena dwikutub ini bergantung kepada panjang antena yang digunakan. Kajian ini dilakukan dengan satu set peralatan seperti antena dwikutub, antena yagi, komputer peribadi lengkap dengan perisian Lab-Volt Data Acquisition and Management for Antennas, janakuasa Radio Frekuensi dan bekalan kuasa antaramuka perolehan data. Perisian Lab-Volt Data Acquisition and Management for Antennas ini membantu mendapatkan output yang dikehendaki iaitu dengan pemplotan secara terus corak radiasi semasa eksperimen dijalankan. Sebanyak lima belas sampel panjang antena dikaji untuk mendapatkan kesan panjang antena terhadap corak radiasi. Setiap panjang antena yang digunakan dalam menghantar dan menerima isyarat akan mempengaruhi bentuk corak radiasi. Setelah corak radiasi diperolehi, lebar radiasi pada kuasa adalah separuh, direktiviti, impedens dan medan jauh dapat ditentukan dan seterusnya prestasi antena pada panjang antena tersebut dapat ditentukan. Panjang antena yang didapati mempunyai corak radiasi yang terbaik adalah pada panjang antena yang tidak melebihi satu panjang lambda.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: wireless communication system, radiation pattern, length of antenna, lambda
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Nov 2013 11:05
Last Modified: 17 Oct 2017 13:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7501

Actions (login required)

View Item View Item