Perbandingan biskut wafer dalam mempengaruhi kecenderungan membeli pengguna dari segi pembungkusan dan pemasaran

Mashina Mohamed Saat (2007) Perbandingan biskut wafer dalam mempengaruhi kecenderungan membeli pengguna dari segi pembungkusan dan pemasaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001544.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan untuk membuat perbandingan biskut wafer dalam mempengaruhi kecenderungan membeli pelanggan dari segi pembungkusan dan aspek pemasaran. Selain itu, kajian juga bertujuan untuk menentukan samada faktor harga mempengaruhi kecenderungan pengguna dalam membeli produk ini. Responden yang terlibat terdiri daripada 400 orang awam di pasaraya sekitar Kota Kinabalu. Responden dipilih adalah berdasarkan persampelan rawak iaitu kaedah persampelan sistematik dan data yang dikumpul akan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 12. Kaedah analisis yang digunakan adalah analisis kekerapan dan ujian khi kuasa dua. Hasil kajian, didapati biskut wafer jenama keluaran tempatan lebih mendapat penerimaan daripada responden berbanding jenama keluaran antarabangsa. Ini dapat dilihat apabila biskut wafer jenama tempatan iaitu Munchy's mendapat jumlah pilihan responden yang paling tinggi iaitu seramai 333 (83.3%) orang. Ini menunjukkan pembungkusan produk wafer tempatan menjadi pilihan lebih ramai pengguna. Selain itu, harga juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kecenderungan pengguna dalam membeli produk wafer ini. Ujian khi kuasa dua pula menunjukkan nilai yang signifikan (p<0.05) dan ini bererti bahawa fakor harga adalah berkait dengan pembeliani biskut wafer antarabangsa. Seramai 386 (96.5%) responden telah memilih tarikh luput atau tamat tempoh pada label bungkusan sebagai ciri-ciri pembungkusan yang paling diutamakan untuk produk tersebut dan 382 (95.5%) responden memilih tawaran harga yang menarik sebagai faktor pemasaran yang berjaya menarik perhatian mereka untuk membeli. 374 (93.5%) menjadikan media elektronik sebagai medium pengiklanan paling berpengaruh dan maklumat lengkap pada bungkusan sebagai taktik pengiklanan paling berkesan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: wafer product, influence, buying preference, price, electronic media, advertisement medium
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 12 Nov 2013 10:24
Last Modified: 17 Oct 2017 13:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7529

Actions (login required)

View Item View Item