Shahadathul Akmam Walad (2010) Penggunaan label nutrisi di kalangan pengguna yang mempunyai keperluan diet khas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000279.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk meninjau penggunaan label nutrisi di kalangan pengguna yang mempunyai keperluan diet khas. Kajian ini dijalankan melalui kaedah temuramah dengan menggunakan borang soal selidik dan melibatkan seramai 100 orang responden yang terdiri daripada pesakit luar dan dalam yang mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung, hipertensi, diabetis, asma dan barah. Individu yang mengandung juga turut menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan di tiga buah hospital di sekitar Kota Kinabalu iaitu Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Tuaran. Data-data yang diperoleh dianalisa menggunakan SPSS (Statistical Package for the Social Science). Hasil kajian mendapati wujudnya hubungan bagi faktor demografik seperti tahap pendidikan, jenis pekerjaan dan pendapatan dengan kekerapan penggunaan label nutrisi oleh responden pada aras p<0.05 setelah ujian crosstab digunakan. Sejumlah 41% responden yang mempunyai tahap pendidikan lebih cenderung untuk melihat maklumat nutrisi dan juga sejumlah 42% responden yang mempunyai taraf ekonomi yang baik dari segi pekerjaan dan pendapatan. Taburan kekerapan bagi 80% responden berpendapat bahawa kesihatan diri adalah penting dan hanya 4% mengatakan ia tidak penting langsung. Bagi pendapat berkenaan kepentingan mengetahui aras dalam piramid makanan, majoriti responden memilih untuk mengatakan mereka adalah tidak pasti ( 38%) dan 20% mengatakan ia adalah penting. Sebanyak 67% responden berpendapat adalah penting untuk mengamalkan pengambilan sayur dan buah dalam kehidupan seharian. Ujian korelasi Spearman's rho digunakan dan korelasi, Spearman's rho , rs (0.003) kurang (0.05) menunjukkan wujudnya perkaitan yang signifikan antara persepsi kepentingan kesihatan dengan tahap pengajian responden. Malalui kajian korelasi, Spearman's rho , rs (-0.067) turut menunjukkan wujudnya perkaitan yang signifikan antara persepsi kepentingan kesihatan dengan jantina responden. Bagi peringkat umur juga, hasil kajian korelasi, Spearman's rho , rs( -0.289) menunjukkan wujudnya perkaitan yang signifikan antara persepsi kepentingan kesihatan dengan umur. Selain itu juga, majoriti peranan yang dipilih oleh responden ialah untuk meningkatkan tahap kesihatan diri individu (31%) dan minoriti peranan label nutrisi adalah sebagai salah satu cara untuk membuat pemilihan produk (7%). Dalam kajian ini, disimpulkan bahawa wujudnya hubungan antara faktor demografik dengan kekerapan penggunaan label nutrisi. Kekerapan penggunaan label nutrisi dapat dilihat dengan tabiat pemilihan makanan yang mana responden lebih cenderung untuk memilih item nutrien yang dapat mengurangkan risiko bagi penyakit yang dihidapi.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Nutrition labeling, Dietary |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 04 Nov 2011 16:18 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 15:19 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/757 |
Actions (login required)
View Item |