Lau, Ee Lin (2006) Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian makanan segera di kalangan pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001553.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan ke atas 590 orang respond en untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian makanan segera di kalangan pelajar dan kakitangan di Universiti Malaysia Sabah. Responden telah dipilih secara rawak untuk menjawab borang soal selidik. Peratusan kekerapan mengunjungi restoran makanan segera yang tertinggi bagi majoriti responden ialah sebulan sekali (48.1%). Terdapat perhubungan yang signifikan di antara kategori responden (x 2=39.67, p=0.00) dan status perkahwinan (x 2=32.29, p=0.00) dengan kekerapan membeli makanan segera. Kebanyakan responden gemar mengambil makanan segera pada hujung minggu (81.4%). Majoriti responden mendapatkan maklumat mengenai makanan segera dari sumber seperti televisyen (70.8%), surat khabar (15.9%) dan radio (8.1%) dan majalah (4.6%). Majoriti responden memperuntukkan RM10-20 dalam setiap kali pembelian makanan segera. Hasil kajian menunjukkan 93.4% responden membeli makanan di restoran makanan segera manakala 6.6% responden tidak. Faktor-faktor utama yang mempengaruhi dalam pembelian makanan segera adalah faktor kesedapan makanan (31.0%), harga (20.7%) dan kebersihan (19.5%). Kepelbagaian pili han (6.9%) dan perkhidmatan yang cekap (2.5%) juga dititikberatkan. Faktor utama responden tidak melakukan pembelian adalah kerana harga yang tidak berpatutan (64.1 %) bagi mereka. Korelasi Pearson menunjukkan korelasi signifikan (r=0.53, p=0.00) di antara restoran yang paling digemari dan restoran yang paling kerap dikunjungi. Korelasi Pearson juga menunjukkan korelasi signifikan (r=0.858, p=0.00) di antara pendorong dan pembuat keputusan dalam pembelian makanan segera. Kebersihan, kesedapan makanan, serta harga mempengaruhi respond en dalam pemilihan restoran makanan segera. Kesimpulannya, faktor utama yang mempengaruhi responden kakitangan dalam pembelian makanan segera ialah faktor kebersihan manakala bagi responden pelajar ialah faktor kesedapan makanan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | purchasing factor, influence, staff and student, fast food restaurant, food tastiness |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 19 Nov 2013 15:28 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 09:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7582 |
Actions (login required)
View Item |