Pembangunan perasa campuran rumpai laut untuk mi segera (Caulerpa Lentillifera & Kappaphycus AlVarezii)

Chua, Pei Chin (2012) Pembangunan perasa campuran rumpai laut untuk mi segera (Caulerpa Lentillifera & Kappaphycus AlVarezii). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001617.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Rumpai laut memainkan peranan yang penting dalam memperbaiki kandungan nutrisi dalam produk makanan untuk memenuhi keperluan makanan yang sihat. Namun, penggunaan rumpai laut jenis Caulerpa lentillifera masih kurang. Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk perasa campuran rumpai laut (Caulerpa lentillifera dan kappaphycus alvarezii) untuk mi segera. Daripada 9 formulasi yang dihasilkan, keputusan ujian penilaian sensori skala hedonik menunjukkan F3 dipilih sebagai sampel terbaik. Sampel F3 merupakan formulasi dengan kombinasi 25% garam rumpai laut Kappaphycus alvarezii dan 5% serbuk rumpai laut Caulerpa lentillifera dengan nilai min yang tertinggi pada nilai atribut yang dikaji serta menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05)pada atribut aroma, tekstur, perisa, dan penerimaan keseluruhan. Hasil analisis proksimat menunjukkan 5.55±0.02% lembapan, 25.45 ± 0.25% abu, 1.89 ± 0.67% lemak, 9.00 ± 0.10% serabut diet, 24.70 ± 0.40% protein dan 33.11 ± 0.51% karbohidrat serta kandungan tenaga sebanyak 26.7kcal/hidangan. Analisis mineral menunjukkan kandungan mineral yang tinggi secara umumya (Na, K, Mg,Ca, Fe, Cu dan Zn). Nisbah Na/K dalam perasa campuran rumpai laut didapti rendah, iaitu 0.21 . Ujian mutu simpanan yang dijalankan selama 8 minggu pada suhu 25 ± 2°C menunjukkan perbezaan signifikan (P<0.05) antara kandungan aktiviti air sepanjang 8minggu dalam perasa campuran rumpai laut. Keputusan ujian mikrobiologi menunjukkan bilangan koloni bakteria, yis dan kulat masih berada dalam lingkungan 25-250. Ujian sensori perbandingan berganda menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p>0.05) bagi atribut warna, tekstur, aroma, perisa rumpai laut, kemasinan dan penerimaan keseluruhan sepanjang 8 minggu. Dijangkakan perasa campuran rumpai laut untuk mi segera mempunyai tempoh hayat penyimpanan yang melebihi 8 minggu. Ujian pengguna menunjukkan perasa rumpai laut mempunyai potensi pembelian yang sederhana baik dan mampu membekalkan pilihan jenis perasa mi segera yang berkhasiat di Malaysia apabila dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: seaweed, caulerpa lentillifera, kappaphycus alvarezii, nutritious seasoning, product, instant noodle
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 10 Dec 2013 15:38
Last Modified: 11 Oct 2017 15:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7763

Actions (login required)

View Item View Item