Liew, Sook Yee (2012) Analisis mineral terhadap air kelapa muda dari beberapa lokasi dan varieti berbeza yang terdapat di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001626.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Air kelapa muda mempunyai pelbagai jenis mineral tetapi maklumat bagi kandungan mineral dalam air kelapa muda masih terhad. Kajian ini untuk menentukan kandungan abu (%) dan mineral bagi tiga varieti kelapa (Kelapa Tinggi Malaya, Kelapa Pandan dan Kelapa MAWA) telah diambil di kawasan Kudat dan Papar, Sabah. Sebanyak 24 sampel buah kelapa muda telah diambil secara rawak dari dua kawasan penanaman kelapa untuk analisis mineral. Sebelas jenis mineral seperti kalsium (Ca), kromium (Cr), kuprum (Cu), ferum (Fe), kalium (K), magnesium (Mg), mangan (Mn), natrium (Na), selenium (Se), silikon (Si) dan zink (Zn) telah dikaji pada setiap bahagian kelapa (air, endosperma dan gabungan air dengan endosperma) dari lokasi dan varieti yang berbeza. Kandungan mineral dalam endosperma kelapa muda dan gabungan air dengan endosperma kelapa muda diekstrak melalui kaedah penghadaman basah manakala komposisi mineral dalam air kelapa muda pula dicairkan dengan menggunakan air nyahion. Kandungan mineral dalam sam pel kelapa muda ditentukan dengan menggunakan alat Inductively Coupled Plasma Optical Emission Spectrometer (ICP-OES). Hasil kajian mendapati mineral tidak tertabur secara sekata kuantiti di dalam air, endosperm a dan gabungan air dengan endosperma kelapa muda. Kalium adalah mineral tertinggi (401.83 mgjkg - 586.02 mgjkg) di antara semua mineral dan bahagian yang dikaji dalam kajian ini. Selain itu, keputusan kajian juga menunjukkan mineral dalam air kelapa muda berbeza secara signifikan (p<0.05) berdasarkan varieti dan lokasi penanaman kelapa. Tambahan pula, didapati air kelapa muda bagi Kudat mempunyai mineral yang lebih tinggi berkorelasi secara signifikan (r=-0.829, p<0.05) dengan jarak kawasan penanaman kelapa dari laut. Kandungan magnesium dalam air kelapa muda semakin berkurang apabila kawasan penanaman kelapa semakin jauh dari laut. Kesimpulannya, air Kelapa MAWA dari Kudat didapati adalah buah kelapa terbaik kerana mempunyai kandungan abu (%), makromineral (Ca dan Mg) dan mikromineral (Cr dan Se) yang paling tinggi secara signifikan (p<0.05) berdasarkan varieti dan lokasi.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | young coconut water, mineral, Malayan Tall, Aromatic Dwarf, MAWA, location, macromineral |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 16 Dec 2013 11:22 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 16:00 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7778 |
Actions (login required)
View Item |