Pengambilan ekstrak akues rumpai laut Kappaphycus Al Varezii dan Sargassum Sp. terhadap ciri-ciri mengurangkan tahap kolesterol

Lim, Tee Ping (2012) Pengambilan ekstrak akues rumpai laut Kappaphycus Al Varezii dan Sargassum Sp. terhadap ciri-ciri mengurangkan tahap kolesterol. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001642.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menbandingkan kesan merendahkan aras kolesterol dalam plasma dari dua spesies rumpai laut Kappaphycus alvarezii, Sargassum sp. dan juga campuran dua spesies rumpai laut Kappaphycus alvarezii dan Sargassum sp terhadap tikus-tikus yang diberi makanan yang berkolesterol tinggi. Tikus jantan Sprague Dawley (200-250g) telah digunakan, dos rumpai laut ekstrak untuk rawatan adalah 300 mg/kg/hari. Tempoh kajian adalah selama dua minggu, darah tikus telah diambil pada minggu permulaan dan minggu kedua untuk menguji profil lipid plasma seperti jumlah kolesterol (TC), trigliserida (TG), kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL-C), kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL-C), penanda organ aspartat aminotransferase (AST), alanina aminotransferase (ALT), kreatinin kinase (CK), Urea dan kreatinin. Kumpulan HF+M telah menunjukkan perbezaan yang signifikan (P < 0.05) dalam HDL-C iaitu menambah sebanyak 626.3% selepas dua minggu rawatan. Kumpulan HF+K dan HF+S telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara dalam HDL-C iaitu telah meningkat sebanyak 355.30 % dan 355.56%. Dalam peningkatan HDL-C, perbezaan kesan HF+D dan HF+M adalah tidak signifikan (P > 0.05). Oleh itu, rawatan campuran rumpai laut mempunyai potensi yang besar sebagai ubat semula jadi untuk rawatan hiperkolesterolemia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kapppaphycus alvarezii, Sargassum sp., mixture, medicine, hypercholesterolemia treatment
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Dec 2013 14:31
Last Modified: 11 Oct 2017 16:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7795

Actions (login required)

View Item View Item