Analisis fiziko-kimia air kelapa muda untuk tiga jenis varieti yang terdapat di dua lokasi yang berbeza di Sabah

Lee, Kah Hao (2012) Analisis fiziko-kimia air kelapa muda untuk tiga jenis varieti yang terdapat di dua lokasi yang berbeza di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001645.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Air kelapa muda (Cocos nucifera) juga digelar sebagai "fluid of life' kerana air kelapa muda banyak memberi faedah dalam bidang perubatan. Air kelapa muda telah diproseskan untuk pembuatan minuman isotonik kerana air kelapa mengandungi gula dan mineral terutamanya kalium yang berfungsi sebagai elektrolit. Akan tetapi, kajian terhadap ciri-ciri fiziko-kimia air kelapa muda yang terdapat di Sabah tidak dijalankan sebelum ini maka Kelapa Muda Tinggi, Kelapa Muda MAWA dan Kelapa Muda Pandan dari Kudat dan Papar telah dipilih sebagai sampel kajian ini supaya dapat menentukan varieti kelapa dari lokasi tertentu yang lebih baik dan berpotensi untuk diproseskan sebagai minuman jus kelapa. Di samping itu, kajian ini adalah bertujuan untuk membandingkan ciri-ciri fiziko-kimia bagi tiga jenis varieti kelapa muda dari Kudat dan Papar berdasarkan tiga kategori iaitu air kelapa muda, endosperma kelapa muda dan gabungan air dengan endosperma kelapa muda. Sebelum ujian fiziko-kimia dijalankan, penentuan indeks kematangan bagi setiap varieti kelapa muda dijalankan untuk memudahkan pemilihan sampel kelapa muda. Selepas itu, ujian fiziko-kimia seperti jumlah pepejal terlarut, pH, keasidan, kekeruhan dan kelikatan dijalankan pada sampel kelapa muda yang mempunyai varieti dan lokasi yang berlainan berdasarkan kategori. Keputusan bagi semua ciri-ciri fiziko-kimia air Kelapa Muda Pandan Kudat menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05) berbanding dengan Kelapa Muda Tinggi dan MAWA dari Kudat dan Papar. Seterusnya, air Kelapa Muda MAWA menunjukkan nilai pH yang tinggi dan peratus keasidan yang rendah berbanding dengan air kelapa muda yang lain. Kesimpulannya, air Kelapa Muda Pandan Kudat mempunyai potensi yang tinggi untuk pemprosesan minuman jus kelapa berdasarkan ujian fiziko-kimia terhadap air dan endospermanya.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Cocos nucifera, young coconut water, endosperm, pH, low acidity, electrolyte
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Dec 2013 11:37
Last Modified: 11 Oct 2017 16:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7798

Actions (login required)

View Item View Item