Wong, Ching Yeng (2012) Kandungan proksimat air kelapa muda untuk tiga jenis varieti kelapa. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001679.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kelapa, Cocos nucifera L. merupakan sejenis buah-buahan yang boleh didapati dengan banyak dan mudah di Sabah. Air kelapa muda yang kaya dengan garam-garam mineral seperti kalium, gula, mikronutrien, vitamin-vitamin dan nutriennutrien lain telah dibuktikan terdapat pelbagai fungsi dalam peningkatan tahap kesihatan dan pencegahan penyakit. Walaupun terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa faktor varieti dan lokasi penanaman mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kandungan proksimat dalam air kelapa, namun tiada kajian yang serupa dijalankan di Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh varieti dan lokasi penanaman terhadap kandungan proksimat dalam air kelapa muda dari tiga varieti iaitu kelapa Tinggi Malayan, kelapa Mawa dan kelapa Pandan yang ditanam di dua lokasi yang berbeza di Sabah iaitu Papar dan Kudat. Kandungan proksimat termasuk air, abu, lipid dan serat kasar telah ditentukan dengan merujuk kepada kaedah AOAC. Kandungan karbohidrat dianggarkan dengan menggunakan persamaan daripada FAO. Keputusan menunjukkan bahawa varieti dan interaksi antara varieti dan lokasi penanaman mempunyai pengaruh yang signifikan (p<0.05) terhadap kandungan proksimat air kelapa muda yang dikaji. Air kelapa muda Pandan mempunyai kandungan lipid yang lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding dengan air kelapa muda Tinggi Malayan. Kandungan serat kasar dalam air kelapa muda Pandan juga dibuktikan lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding dengan air kelapa muda Mawa. Interaksi antara varieti dan lokasi penanaman mempunyai pengaruh yang signifikan (p<0.05) terhadap kesemua kandungan proksimat dalam air kelapa muda kecuali kandungan protein. Secara kesimpulan, kelapa Tinggi Malayan dari Papar dan kelapa Pandan dari Kudat telah dikenalpasti sebagai varieti kelapa yang terbaik antara varieti-varieti kelapa yang dikaji.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Cocos nucifera L., young coconut water, location, AOAC method, Malayan Tall coconut, Mawa coconut, Pandan coconut |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 19 Dec 2013 13:43 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 14:52 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7847 |
Actions (login required)
View Item |