Kesan penyah-cabangan, kitaran autoklaf-penyejukan dan penyimpanan sejuk (4°C) terhadap pembentukan kanji rintang sagu

Ong, Choi Lian (2012) Kesan penyah-cabangan, kitaran autoklaf-penyejukan dan penyimpanan sejuk (4°C) terhadap pembentukan kanji rintang sagu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001681.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan penyah-cabangan, kitaran autoldafpenyejukan dan penyimpanan sejuk pada 4°C terhadap pembentukan kanji rintang sagu. Kanji jagung Hylon V dan Hylon VII yang beramilosa tinggi digunakan untuk tujuan perbandingan. Kanji sagu asli terlebih dahulu dinyah-cabangkan dengan 2.0% pullulanase pada suhu 1000e selama 45 minit. Kanji sagu nyah-cabang serta kanji jagung Hylon V dan Hylon VII sama-sama dilalui empat kitaran autoklafpenyejukan dan penyimpanan sejuk pada 4°C selama 0, 30, 60 dan 90 hari. Penentuan kandungan amilosa, kanji rintang, sifat terma oleh Kalorimetri Pengimbas Pembezaan (DSC) dan sifat pempesan oleh Rapid Visco Analyzer (RVA) telah diljalankan. Kandungan amilosa dalam kanji sagu asli dapat ditingkatkan kepada 35.32 ± 1.28% setelah dinyah-cabangkan oleh enzim pullulanase. Kandungan kanji rintang dalam kanji sagu nyah-cabang, kanji jagung Hylon V dan Hylon VII didapati meningkat (p<0.05) dengan peningkatan kitaran autoldaf penyejukan. Selain itu, pemanjangan tempoh penyimpanan sejuk pada 4°C dapat meningkatkan (p<0.05) lagi kandungan kanji rintang dalam sampel kanji yang telah dilalui kitaran autoldaf-penyejukan. Kanji rintang yang dihasilkan dalam kajian ini menunjukkan kestabilan terma yang lebih rendah (p<0.05) daripada kanji asli masing-masing. Sementara itu, lengkuk pempesan bagi kanji rintang yang dihasilkan oleh kanji sagu nyah-cabang adalah lebih rendah daripada kanji sagu asli. Keputusan menunjukkan kitaran autoklaf-penyejukan lebih berkesan dalam menggalakkan pembentukan kanji rintang berbanding dengan penyimpanan sejuk pada 4°C. Empat kitaran autoldaf-penyejukan dan penyimpanan sejuk pada 4°C selama 90 hari meningkatkan sebanyak 13.0% kanji rintang dalam Hylon V tergelatinisasi dan 19.9% kanji rintang dalam Hylon VII tergelatinisasi. Umumnya, kandungan amilosa yang tinggi dalam Hylon V dan Hylon VII membawa kepada pembentukan kanji rintang yang lebih banyak berbanding kanji sagu. Keputusan kajian membuktikan gabungan rawatan penyah-cabangan dengan kitaran autoklafpenyejukan dan penyimpanan sejuk pada 4°C dapat menghasilkan 17.36 ± 0.06% kanji rintang dalam kanji sagu iaitu 4.5 kali ganda lebih tinggi daripada kanji sagu tergelatinisasi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: autoclaving cooling cycle, Differential Scanning Calorimetry, enzymatic debranching, temperature, sago starch, Hylon
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 20 Dec 2013 14:25
Last Modified: 10 Oct 2017 14:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7860

Actions (login required)

View Item View Item