Nadiah Ismail (2012) Parameter terbaik pemprosesan bagi penghasilan serbuk cendawan tiram kelabu (Pleurotus Sajor caju). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001685.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menentukan parameter terbaik pemprosesan serbuk cendawan Tiram Kelabu (plerutus Sajor-caju). Beberapa proses terbaik dipilih dan dikaji untuk menentukan sifat fizikokimia, prosimat dan mineral yang terdapat dalam serbuk Cendawan Tiram Kelabu tersebut. 7 proses terbaik ditentukan berdasarkan jenis pengeringan, suhu dan masa yang diperlukan untuk mencapai 14 peratus kelembapan. Pengeringan dibawah matahari (F1), pengeringan kabinet pada suhu (50°C=F2, 60°C=F3 dan 70°C=F4) manakala pengeringan vakum (50°C=FS, 60°C=F6 dan 70°C=F7). Keputusan yang diperolehi mendapati terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) kandungan protein antara proses terbaik dan perbezaan yang tidak signifikan (p>0.05) untuk kandungan lemak, serabut kasar, karbohidrat dan abu. Analisis fizikokimia juga menunjukan terdapat signifikan (p<0.05) untuk peratus perolehan, kapasiti pemegangan air dan warna manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) untuk indeks gelembung. Kandungan mineral juga tidak menunjukkan nilai yang signifikan (p>0.05) untuk semua proses pengeringan disebabkan oleh suhu tidak mempengaruhi kandungan mineral dalam serbuk cendawan Tiram Kelabu. Daripada kajian ini, didapati parameter penghasilan serbuk cendawan Tiram Kelabu F2 (kabinet 50°C) paling baik kerana dapat menjaga nilai protein, warna dan peratus perolehan serbuk cendawan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | gray oyster mushroom, plerutus sajor-caju, drying method, temperature, time, protein, color |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 24 Dec 2013 11:10 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 15:21 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7864 |
Actions (login required)
View Item |