Lim, Mei Mei (2012) Komposisi nutrien dan kesan pengeringan terhadap kandungan fitokimia dan aktiviti antioksida dalam buah belunu, bambangan dan tarap. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001686.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini menjalankan analisis komposisi nutrien terhadap tiga jenis buah-buahan Borneo yang tumbuh liar di Sabah dan belum diketahui ramai di Malaysia, iaitu buah belunu (Mangifera caesia), bambangan (Mangifera pajang) dan tarap (Artocarpus odoratissimus). Ujian analisis dijalankan pada bahagian kulit, isi buah dan juga bahagian jerami bagi tarap. Sampel buah dikering dengan sejukbeku dan analisis proksimat dijalankan berdasarkan kepada kaedah AOAC tahun 2000. Kandungan lembapan bagi serbuk buah adalah dalam julat 26.78% hingga 8.80%, kandungan abu (11.56% hingga 3.40%), kandungan protein kasar (3.66% hingga 10.43%) dan kandungan lemak kasar (0.36% hingga 3.17%). Kandungan fenolik dan flavonoid adalah lebih tinggi dalam kulit buah daripada bahagian isi. Aplikasi teknik pengeringan sejukbeku (- 50°C) dan dalam oven (40°C) meningkatkan kandungan fenolik dan aktiviti antioksida dalam sampel buah. Peningkatan kandungan fenolik adalah lebih tinggi dalam majoriti sam pel yang dikeringkan dengan sejukbeku (p<0.05). Pertambahan kandungan fenolik menyumbangkan kepada peningkatan aktiviti antioksida dengan meninggikan kuasa penurunan ion ferik, FRAP dan keupayaan merencat radikel bebas 2,2-diphenyl-2-picrylhyrazyl (DPPH) dalam sampel buah, dengan analisis statistik menunjukkan hubung kait yang baik antara nilai kandungan fenolik dengan FRAP (R2=0.715) dan DPPH (R2=0.765). Pengeringan oven menurunkan kandungan flavonoid dalam sampel buah, tetapi bahan fitokimia ini dapat dikekalkan dan ditingkatkan dalam sampel yang dikering dengan sejukbeku. Teknik pengeringan sejukbeku didapati lebih sesuai digunakan untuk mengekalkan kualiti nutrisi buah-buahan Borneo yang dikaji.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | local Borneo fruit, bambangan, tarap, belunu, AOAC method, freeze drying, drying method, nutritional quality |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 24 Dec 2013 11:09 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 15:01 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7865 |
Actions (login required)
View Item |