Choo, Yuet Yee (2012) Pembangunan emulsi minyak kelapa dara. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001696.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Pembangunan emulsi minyak kelapa dara telah dijalankan untuk menerokai penggunaan minyak kelapa dara dalam pelbagai bentuk produk. Dalam kajian ini, lapan formulasi (F1, F2, F3, F4, F5, F6, F7 dan F8) direka dengan menggunakan peratusan minyak kelapa dara yang berlainan, antara 20% hingga 55% minyak kelapa dara. F4 dipilih sebagai formulasi terbaik melalui ujian sensori hedonik. F4 mengandungi 55.5% air, 35% minyak kelapa dara, 7% gula , 1% propilena glikol ester asid lemak , 0.5% kanji jagung terubahsuai, 0.5% gam guar, 0.4% vanillin dan 0.1% kalium sorbat. Kandungan nutrisi F4 yang dianalisakan didapati mengandungi lembapan (53.83±0.26%), lemak kasar (25.7±0.38 %), abu (0.02±0.02%) dan karbohidrat (20.44±0.17%). Penilaian mutu simpanan diadakan selama lapan minggu. Emulsi minyak kelapa dara F4 menunjukkan mengalami pemisahan lapisan air pada minggu ke-lapan. Kelikatan menunjukkan penurunan dari 23074.50 mPa ke 8507.83 mPa. Nilai peroksida mengalami peningkatan dari 2.42±0.51 mEq/kg ke 4.83±0.85 mEq/kg. Warna putih emulsi berkurangan dari nilai 75.91±0.67 ke 67.69±1.00 sepanjang tempoh penyimpanan. Emulsi minyak kelapa dara bertindakbalas secara songsang dengan tempoh penyimpanan. Ujian pengguna menunjukkan 60% pengguna berminat untuk membeli produk ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | virgin coconut oil, emulsion, product development, hedonic test, storage time |
Subjects: | ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ?? |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 26 Dec 2013 13:41 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 15:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7885 |
Actions (login required)
View Item |