Pengambilan sarapan pagi dan prestasi kognitif pelajar Sekolah Sains Makanan Dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah

Tai, Guan Wee (2012) Pengambilan sarapan pagi dan prestasi kognitif pelajar Sekolah Sains Makanan Dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001697.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Sarapan pagi dipercayai berka itan dengan prestasi kognitif dan akademik pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal tabiat pengambilan sarapan pagi pelajar Universiti Malaysia Sabah dan untuk mengkaji kesan pengambilan sarapan pagi terhadap prestasi akademik dan kognitif pelajar. Seramai 141 orang pelajar dari Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan telah menyertai dalam kajian ini. Maklumat tabiat pengambilan sarapan pagi telah dikumpul melalui soal selidik dan Diari Makanan Tiga Hari. Prestasi akademik dinilai melalui keputusan gred dan markah dalam kursus yang diambil oleh subjek. Lima sub-ujian daripada WMS-III telah diubahsuai dan dgunakan unutk menilai prestasi kognitif subjek. Terdapat 43.3% subjek bersarapan setiap hari, manakala terdapat 77.3% subjek melaporkan biasa bersarapan sebelum menghadri ke kuliah pada waktu pagi. "Bangun lewat" dan "Tidak rasa lapar" merupakan dua faktor utama yang menyebabkan pelajar tidak bersarapan. Lebih banyak tenaga yang diambil oleh subjek yang biasa bersarapan. Makanan dan miluman yang biasa diambil semasa sarapan, tempat dan teman biasa bersarapan telahpun dilaporkan dalam kajian ini. Prestasi akademik dan kognitif telah dikumpul, dinilai dan dibandingkan mengikut tabiat bersarapan/tidak bersarapan. Tdak ada perbezaan yang signifikan dalam prestasi kognitif di antara subjek yang bersarapanjtdak bersarapan sebelum menduduki ujian kognitif (p=0.967). Namun begitu, perbezaan yang signifikan dalam prestasi kognitif telah dijumpai di antara subjek yang mengamalkan tabiat bersarapan/tidak bersarapan sebelum menghadiri kuliah (p=0.047). Subjek yang mengamalkan tabiat bersarapan telah mendapat markah yang lebih tinggi dalam ujian kognitif. Keputusan yang rercanggah telah dijumpai dalam prestasi akademik subjek. Perbezaan yang signifikan tdak dijumpai di antara kumpulan subjek yang bersarapan/ tidak bersarapan sebelum menduduki peperiksaan bagi kursus yang diambil pada semester satu sesi 2011/2012 (p=0.686) dan markah kuiz pada semester dua sesi 2011/2012 (p=0.254). Kesimpulannya, pengambilan sarapan sebelum menduduki ujian tidak mempengaruhi prestasi akademik dan prestasi kognitif subjek tetapi kebiasaan pengambilan sarapan pagi telah memberi kesan yang positif terhadap prestasi kognitif pelajar.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: breakfast consumption, student's cognitive, academic performance, SSMP, habbit
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Dec 2013 13:40
Last Modified: 10 Oct 2017 15:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7886

Actions (login required)

View Item View Item