Ng, Kwei Chin (2012) Pengetahuan terhadap label pemakanan di kalangan pelajar di UMS. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001702.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menilai pengetahuan pelajar aliran sains dan aliran sastera di Universiti Malaysia Sabah terhadap label pemakanan dan mengkaji faktor yang mempengaruhi pembacaan label pemakanan dalam kalangan pelajar serta penggunaan label pemakanan oleh pembaca label. Seramai 154 orang responden aliran sains dan 246 orang responden aliran sastera telah dipilih dengan kaedah pensampelan stratifikasi mengikut pembahagian. Data dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah disediakan. Perbezaan tahap pengetahuan label pemakanan antara responden aliran sains dengan aliran sastera dibanding dengan ujian Mann-Whitney. Analisis lebih lanjut terhadap tahap pengetahuan dengan tujuan pembacaan label diuji dengan ujian Kruskal-Wallis. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan responden aliran sains (median=90) nyata lebih baik berbanding responden aliran sastera (median=80) (p<0.01). Ujian khi kuasa dua menunjukkan bahawa aliran kursus dan pembacaan label mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengetahuan responden (p<0.01). Tujuan utama pembacaan label adalah untuk mengetahui kandungan nutrien dan kesuntukan masa merupakan punca pelajar tidak membaca label. Pengetahuan pembaca label untuk mengetahui kandungan nutrien nyata lebih baik daripada pembaca label dengan tujuan lain (p<0.01). Kebanyakan pembaca label membaca label semasa membeli produk baru dan majoritinya tidak berpandu kepada saiz hidangan setiap kali pengambilan makanan. Kesimpulannya, walaupun kebanyakan responden mempunyai pengetahuan terhadap label pemakanan, tetapi maklumat pada label tidak digunakan sepenuhnya. Pendidikan label pemakanan perlu diadakan untuk meningkatkan lagi pengetahuan pelajar terhadap label pemakanan serta menyemai tabiat pembacaan label.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | nutrition labeling, knowledge, science stream, arts stream, usage, label user, serving size |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 27 Dec 2013 11:01 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 15:26 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7891 |
Actions (login required)
View Item |