Pengambilan gula dan perkaitannya dengan penerimaan rasa manis di kalangan pelajar UMS Kampus Kota Kinabalu

Mohammad Affendy Mhd Akhir (2012) Pengambilan gula dan perkaitannya dengan penerimaan rasa manis di kalangan pelajar UMS Kampus Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001707.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Gula adalah unit asas yang membentuk molekul karbohidrat dan kebanyakan makanan. yang dimakan adalah terdiri daripada karbohidrat. Pengambilan gula yang berlebihan menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan dipercayai juga pengambilan gula adalah berkait rapat dengan kesukaan terhadap rasa manis seseorang individu. Dalam kajian ini, seramai 150 orang responden telah mengambil bahagian tetapi hanya 60 orang yang berminat dalam keseluruhan soal selidik ini. Kadar pengambilan gula pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah adalah sebanyak 55.35±3.03g (13.91±0.78%) sehari melalui Soal Selidik Ingatan Diet 24-Jam. Taburan tertinggi pengambilan makanan adalah menerusi pengambilan bijirin dan hasil bijirin iaitu sebanyak 325.31±1.51g sehari dan terendah adalah menerusi pengambilan sapuan roti iaitu dengan purata pengambilan sebanyak 6.82±3.50g sehari. Daripada kajian ini juga, didapati bahawa terdapat hubungan korelasi yang lemah, dimana korelasi, Irl ≤0.5 diantara kekerapan pengambilan gula dengan ambang rasa dan penerimaan rasa manis menerusi sampel 223 (5% gula) dan nilai keertian, nilai -p <0.05. Walaubagaimanapun tiada korelasi yang signifikan (nilai-p>0.05) diantara kekerapan pengambilan gula (Soal Selidik Ingatan Diet 24-Jam), ambang rasa dan sampel ujian hedonik 223 (5% gula).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: sugar, nutrient intake, sensory preferences
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 31 Dec 2013 11:14
Last Modified: 10 Oct 2017 15:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7900

Actions (login required)

View Item View Item