Penghasilan serunding cendawan tiram kelabu (Pleurotus Sajor Caju)

Ng, Chew Hong (2012) Penghasilan serunding cendawan tiram kelabu (Pleurotus Sajor Caju). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001710.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan serunding menggunakan cendawan tiram kelabu (Pleurotus sajor caju). Penghasilan formulasi terbaik untuk serunding cendawan tiram kelabu dipilih melalui ujian sensori. Selain itu, kandungan nutrisi bagi serunding cendawan tiram kelabu yang dihasilkan dengan formulasi yang terbaik ditentukan dengan analisis proksimat. Mutu simpanan dan tahap penerimaan pengguna dikaji terhadap serunding cendawan tiram kelabu yang dihasilkan. Penghasilan serunding cendawan tiram kelabu melibatkan tiga peringkat iaitu, penyediaan bahan mentah, pemekatan sos dan pengeringan, pengubahsuain formulasi dilakukan terhadap peratusan cili kering dan santan. Keputusan penilaian sensori pemeringkatan (Balance Incomplete Block) menunjukkan formulasi F9, F8 dan F6 adalah antara tiga formulasi terbaik daripada sembilan formulasi serta F9 dipilih sebagai formulasi terbaik melalui penilaian sensori hedonik. Serunding cendawan tiram kelabu formulasi terbaik (F9) yang dihasilkan, nilai skor min bagi atribut warna (6.50 ± 0.94), aroma (6.30 ± 0.92) tekstur (6.26 ± 1.17), rasa (6.27 ± 1.08), kepedasan (5.98 ± 1.07) dan penerimaan keseluruhan (6.36 ± 0.93). Analisis proksimat menunjukkan serunding candawan tiram kelabu F9 mengandungi 9.49 ± 0.16% lembapan, 12.34 ± 0.21% abu, 11.91 ±o .08% protein, 14.69 ± 0.44% lemak, 7.68 ± 0.13% serabut kasar dan 43.89 ± 0.32% karbohidrat. Dalam kajian ini, penyimpanan serunding cendawan tiram kelabu yang dihasilkan dengan formulasi terbaik (F9) pada suhu bilik (26ºC) adalah stabil selama 8 minggu. Produk ini diterima baik oleh 90% pengguna dan mempunyai potensi untuk dipasarkan. Secara kesimpulannya, produk ini berpotensi untuk dikomersilkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: oyster mushroom, Pleurotus sajor caju, temperature, formulation, floss, sensory test
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 06 Jan 2014 16:09
Last Modified: 10 Oct 2017 15:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7917

Actions (login required)

View Item View Item