Penghasilan serbuk buah tarap dari dua teknik pengeringan dan penghasilan sapuan tarap segera daripadanya

Nor Nadiya Marjuki (2012) Penghasilan serbuk buah tarap dari dua teknik pengeringan dan penghasilan sapuan tarap segera daripadanya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001718.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan serbuk menggunakan teknik pengeringan semburan dan juga pengeringan kabinet. Serbuk yang diperolehi telah dianalisis untuk kandungan proksimat dan juga mutu simpanan produk sepanjang tempoh penyimpanan selama 8 minggu. Serbuk yang terbaik dari dua teknik telah dipilih untuk digunakan di dalam pembangunan produk sapuan tarap segera. Hasil analisis proksimat menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) bagi kandungan lembapan, abu, protein, sera but kasar dan karbohidrat. Namun, tidak terdapat perbezaan signifikan (p>0.05) bagi kandungan lemak kedua-dua serbuk. Sepanjang tempoh penyimpanan, ujian fiziokimia yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan terhadap kenaikkan kandungan lembapan sepanjang lapan minggu. Nilai pH bagi kedua-dua jenis serbuk menunjukkan perbezaan signifikan namun tiada perbezaan signifikan terhadap penurunan pH sepanjang tempoh penyimpanan. Ujian warna telah dijalankan menggunakan parameter L *a* b* dan warna bagi kedua-dua serbuk menunjukkan perbezaan signifikan. Sepanjang tempoh penyimpanan, tidak terdapat perbezaan signifkan terhadap penururun nilai L * dan kenaikkan nilai a* dan b* bagi kedua-dua serbuk. Ujian mikrobiologi terhadap yis dan kulat menunjukkan pertumbuhan kulat dan yis bermula minggu kedua dan terdapat peningkatan pertumbuhan mikroorganisma sepanjang 8 minggu namun kehadiran yis dan kulat ini adalah sedikit dan tidak merosakkan produk. Setelah menjalankan analisis proksimat dan penyimpanan, didapati serbuk yang diperolehi dari pengeringan semburan sesuai dijadikan sebagai produk sapuan tarap segera. Terdapat empat formulasi yang dibangunkan untuk produk ini dan ujian hedonik yang telah dijalankan menunjukkan panel menggemari formulasi 1 yang mengandungi 45% serbuk buah tarap, 3.4% pektin dan 51.6% gula.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: spray drying, cabinet drying, Tarap, pH, hedonic test, product development
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 06 Jan 2014 16:05
Last Modified: 10 Oct 2017 15:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7924

Actions (login required)

View Item View Item