Sekuriti makanan di Penampang: Halangan-halangan untuk memperolehi makanan

Leow, Ee Pin (2012) Sekuriti makanan di Penampang: Halangan-halangan untuk memperolehi makanan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001720.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Insekuriti makanan terjadi apabila seseorang mempunyai halangan untuk memperolehi makanan yang mencukupi pada setiap masa. Insekuriti makanan masih wujud di daerah Penampang terutamanya di kawasan pedalaman kerana kadar kemiskinannya masih tinggi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap insekuriti makanan di Penampang, halangan-halangan yang dihadapi untuk mencapai sekuriti makanan dan kesannya terhadap diet. Kajian sosio-demografik, status sekuriti makanan, kepelbagaian makanan, cabaran dan langkah-Iangkah mengatasi insekuriti makanan telah dibuat dengan menggunakan borang kaji selidik. Seramai 305 subjek telah ditemubual di Tamu Penampang dan pasaraya Megalong. Kajian ini mendapati 39.0% isirumah adalah dalam keadaan sekuriti makanan, manakala 61.0% selebihnya mengalami pelbagai jenis insekuriti makanan (26.2% insekuriti makanan isirumah, 8.9% insekuriti makanan individu dan 25.9% mengalami kelaparan kanak-kanak). Pendapatan isirumah ialah faktor utama insekuriti makanan. Selain itu, bilangan anak dalam isirumah, tahap pendidikan dan status pekerjaan ibu juga menunjukkan perkaitan yang signifikan dengan pencapaian sekuriti makanan. Isirumah insekuriti makanan didapati mungkin menghadapi masalah kekurangan serat fiber, iodin dan zat besi dalam diet. Perhatian yang lebih harus diberikan kepada ibu yang melangkau makan untuk memberi makanan kepada anak-anak mereka. Sebahagian isirumah insekuriti makanan juga menunjukkan penggunaan makanan dan pengurusan wang yang tidak cekap dengan mengambil "makanan mewah" seperti rempah ratus, kopi, teh dan alkohol dalam diet mereka. Skor kepelbagaian makanan bagi isi rumah insekuriti makanan menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan isirumah sekuriti makanan tetapi Indeks Jisim Tubuh badan tidak menunjukkan perkaitan yang signifikan dengan insekuriti makanan seperti yang dilaporkan dalam kajian lain. Isirumah insekuriti makanan juga mengalami gangguan kehidupan sosial yang berkaitan dengan makanan. Kesimpulannya, pihak berkuasa wajar memberi perhatian dan bantuan yang sesuai kepada isirumah insekuriti makanan di Penampang.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: food insecurity, Penampang, household, pay attention, suitable aid, food diversity score
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 06 Jan 2014 16:07
Last Modified: 10 Oct 2017 15:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7926

Actions (login required)

View Item View Item