Nur Syazwani Saffle (2012) Kesan pengeringan yang berbeza ke atas kualiti serbuk rozel dan aplikasinya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001721.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan kaedah pengeringan yang berbeza iaitu kaedah pengering vakum dan pengering kabinet dalam penghasilan serbuk roselle serta kesan penggunaan kedua-dua jenis pengering ini ke atas kandungan vitamin C dan antosianin serbuk roselle. Bagi mencapai berat yang malar masa pengeringan bagi pengering kabinet adalah panjang jika dibandingkan dengan masa pengeringan vakum. Kandungan vitamin C di dalam serbuk menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05 jika dibandingkan dengan roselle segar namun bagi roselle yang dikeringkan menggunakan kaedah vakum kandungan vitamin C adalah lebih tinggi berbanding dengan kabinet iaitu 127.01±0.02 mg/g manakala bagi serbuk yang dihasilkan dengan pengering kabinet kandungan vitamin C adalah 107.04±0.01 mg/g. Bagi kandungan antosianin pula walaupun terdapat penurunan yang signifikan (p<0.05) di dalam serbuk jika dibandingkan dengan roselle segar tetapi untuk serbuk yang dihasilkan dengan kaedah pengeringan vakum kandungan antosianin adalah 525.40±0.01 mg/ml manakala bagi serbuk yang dihasilkan dengan pengering kabinet kandungan antosianin adalah 438.21±0.01 mg/ml. Dari segi warna pula warna merah serbuk roselle menunjukkan penurunan yang signifikan berbanding roselle segar namun warna merah roselle bagi pengering vakum adalah lebih tinggi iaitu 38.82±0.02 jika dibandingkan dengan pengering kabinet iaitu 27.57±0.02. Serbuk ini juga telah berjaya digunakan dalam penghasilan sapuan dengan peratusan kehilangan vitamin C yang kurang iaitu sebanyak 6% sahaja.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | drying method, vacuum drying, cabinet drying, vitamin C, anthocyanin content, roselle, Hibiscuss Sabdariffa |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 07 Jan 2014 10:22 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 15:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7927 |
Actions (login required)
View Item |