Penentuan kandungan asid benzoik di dalam beberapa jenis minuman ringan dengan menggunakan kapilari elektroforesis

Ruhanizah Ismail (2007) Penentuan kandungan asid benzoik di dalam beberapa jenis minuman ringan dengan menggunakan kapilari elektroforesis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001750.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian kandungan asid benzoik (AB) di dalam beberapa jenis minuman ringan ini dijalankan untuk memastikan jumlah kandungannya tidak melebihi jumlah maksimum yang ditetapkan oleh Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Alat kapilari elektroforesis (CE) model PlACE MDQ (Beckman Coulter), pengesan UV padajarak gelombang 215 run, kapilari silika terlakur, tidak bersalut, terbuka dan berdiameter 50 µm digunakan pada suhu 25°C dan voltan 15 kV untuk menentukan kandungan AB dalam sampel minuman. Sampel minuman komersil yang dikaji adalah Coca-cola, Pepsi Cola, Vanilla Coke, 7-up, Sprite, Mirinda Strawberi, jus oren dan mangga Peel Fresh, jus oren Sunkist dan jus mangga Fruit Tree. Jumlah kandungan AB di dalam sampel minuman 7-up, Sprite, Mirinda Strawberi, jus oren Peel Fresh, jus oren Sunkist, jus mangga Peel Fresh dan jus mangga Fruit Tree adalah masing-masing 145,155,171,119,55,115 dan 82 mgL�¹. Julat jumlah kandungan AB di dalam sampel minuman adalah di antara 55 hingga 171 mgL�¹. Kesemua sampel yang dikesan mengandungi AB mempunyai jumlah kandungan AB di bawah tahap yang dibenarkan dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan 1985 iaitu 350 mgkg�¹.Terdapat tiga sampel yang tidak dikesan kandungan AB iaitu Coca-cola, Pepsi Cola dan Vanilla Coke.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: benzoic acid, temperature, Capillary electrophoresis, Beckman Coulter, UV
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 07 Jan 2014 11:23
Last Modified: 10 Oct 2017 16:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7985

Actions (login required)

View Item View Item