Nilai kerja pengurusan dalam kalangan pegawai pengurusan dan pentadbiran Universiti Malaysia Sabah

Cheng, Seow Min (2007) Nilai kerja pengurusan dalam kalangan pegawai pengurusan dan pentadbiran Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001757.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menyukat tahap nilai kerja pengurusan dalam kalangan pegawai pengurusan dan pentadbiran UMS. Borang soal selidik digunakan dalam kajian ini, termasuk bahagian demografi dan bahagian soal selidik Skala Nilai Kerja Pengurusan yang mengandungi sembilan nilai kerja dalam tiga puluh enam pasangan item dengan setiap item dalam pasangan mewakili satu daripada sembilan nilai kerja. Terdapat 33 orang pegawai pengurusan dan pentadbiran UMS menjadi responden kajian ini. Analisis korelasi digunakan untuk menguji hubungan antara nitai-nilai kerja. Untuk mendapatkan perbezaan signifikan dalam nilai kerja pengurusan terhadap beberapa faktor demograflk, ujian-t dan ANOVA telah digunakan. Analisis kelompok juga digunakan untuk mengelaskan sembilan nilai kerja tersebut. Melalui kajian ini, didapati bahawa nilai kerja kreatif dan perkhidmatan adalah nilai kerja yang penting dalam kalangan responden. Keputusan menunjukkan bahawa pegawai lelaki lebih mementingkan perkhidmatan daripada perempuan, manakala perempuan lebih mementingkan nilai kerja jaminan. Selain itu, kajian ini juga membuktikan pegawai yang memegang ijazah sarjana muda mementingkan nilai kerja jaminan berbandingkan yang memegang ijazah sarjana, manakala fenomena sebalik berlaku bagi nilai kerja kesatuan. Didapati juga bahawa pegawai yang berpendapatan lebih rendah iaitu berpendapatan RM3000 dan ke bawah akan mengutamakan nilai kerja jaminan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: management and administrative officer, t-test, ANOVA, work value, cluster of work
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 07 Jan 2014 16:01
Last Modified: 10 Oct 2017 16:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7993

Actions (login required)

View Item View Item