Munirah Mohamad (2007) Kesan pendinginan hidro, pembungkusan semula serta jangkamasa penyimpanan terhadap kualiti jambu batu (Psidium guajava L. CV. Taiwan). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001801.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan pendinginan hidro, pembungkusan dan jangkamasa penyimpanan jambu batu (Psidium guajava L. CV Taiwan). Sampel jambu batu yang dituai dirawat dengan menggunakan enam kombinasi rawatan yang berbeza dan kemudiannya disimpan selama 1, 2 ,3 dan 4 minggu. Hanya jambu batu yang sempurna, berat hampir seragam dan bebas dari kecederaan dipilih untuk kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk rawak lengkap (CRD) dengan rawatan disusun secara faktorial (6 rawatan x 4 jangkamasa penyimpanan) dengan 3 replikasi sebanyak 62 sampel. Analisis statistik yang digunakan adalah analisis varians dua hala (ANOVA 2-ways). Cerapan dilakukan pada setiap bulan yang melibatkan 5 parameter iaitu kualiti visual, peratus kehilangan berat, paras pepejal terlarut (SSC), paras keasidan tertitrat (TA) dan nilai pH. Kajian menunjukkan nilai yang bererti bagi rawatan dan jangkamasa penyimpanan terhadap kelima-lima parameter. Interaksi antara rawatan dan jangkamasa penyimpanan hanya menunjukkan nilai bererti pada kualiti visual dan pH dan tidak menunjukkan nilai bererti bagi peratus kehilangan berat, kepekatan pepejal terlarut dan kandungan asid tertitrat. Dalam kajian ini didapati bahawa pengaplikasian prapenyejukan (pada suhu 2.0±1.0°C dalam 10±2 minit) diikuti dengan pembungkusan semula dengan menggunakan tisu dan plastik sangat bagus bagi mengekalkan kualiti visual, mengurangkan kehilangan be rat, mengekalkan kandungan asid tertitrat, perubahan yang rendah pada kepekatan pepejal terlarut serta mengekalkan nilai pH rendah buah. Kesimpulannya, rawatan yang paling baik dalam mengekalkan kualiti jambu batu sehingga minggu keempat ialah pendinginan hidro x pembungkusan semula (Tisu dan plastik berlubang) dan penyimpanan dilakukan di dalam bilik sejuk. Petani disarankan supaya menggunakan hasil kajian ini dalam pengendalian lepas tuai produk mereka.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | effect of hydrocooling, storage duration, characteristics of guava, packaging, treatment |
Subjects: | ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ?? |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 27 Jan 2014 13:25 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 12:37 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8053 |
Actions (login required)
View Item |