Pang, Jia Hui (2007) Mencerap bentuk interferens bunyi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001907.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Interferens bunyi merupakan suatu fenomena yang dihasilkan apabila gelombang" gelombang daripada dua punca koheren bertindih. Tujuan kajian ini ialah untuk mencerap corak interferens gelombang bunyi dengan merujuk kepada konsep eksperimen Thomas Young. Objektifnya ialah untuk mengkaji dan menganalisis bentuk interferens gelombang bunyi. Ujikaji interferens gelombang bunyi akan dijalankan dalarn bilik tanpa gema yang terletak di SKTM. Dua pembesar suara akan berpisah dalarn jarak a dan disarnbungkan selari antara satu sarna lain. Penjana isyarat frekuensi tunggal akan digunakan untuk menjanakan bunyi pada frekuensi-frekuensi tertentu kepada pembesar suara. Audio berkenaan akan dirakamkan melalui empat mikrofon. Komen-komen Fail-M dalarn Matlab akan dilaksanakan untuk menganalisis corak interferens gelombang bunyi bagi fail audio tersebut secara graf. Hipotesis bagi kajian ini ialah graf yang berbentuk berselang antara interferens membina dan interferens memusnah dapat diperhatikan pada Matlab dan teori kuantum akan dikaitkan dengan interferens gelombang bunyi berkenaan. Kesimpulannya, frekuensi pada 1000Hz dan 2000Hz adalah sesuai digunakan untuk mencerap corak interferens bunyi. Kawasan yang mengalarni interferens membina mempunyai arnplitud yang lebih tinggi daripada interferens memusnah. Fungsi gelombang tipikal pada frekuensi 15000Hz mungkin menunjukkan ada kebarangkalian mencari zarah pada titik maksimum dan minimum.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | interference, Thomas Young's experiment, sound pattern, SKTM anechoic chamber |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 19 Feb 2014 13:46 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 08:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8252 |
Actions (login required)
View Item |