Omar Othman (2005) Kesan kompleks tabu dan hormon 4-Dimethylamino Pyridine (DMAP) ke atas proliferasi protokom orkid Phalaenopsis gigantea. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001925.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Eksperimen dilakukan untuk menentukan kesan kompleks tabii dan hormon 4- Dimethylamino Pyridine terhadap proliferasi protokom P. gigantea. Kajian ini menggunakan eksplan protokom yang tidak dipotong dan yang dipotong pada dasarnya. Eksperimen dijalankan selama 100 hari di Makmal Tisu Kultur, Universiti Malaysia Sabah dengan menggunakan rekabentuk eksperimen rawak lengkap. Kompleks tabii yang digunakan ialah 15% dan 10% air kelapa dan 100g/L ekstrak pisang, manakala hormon yang digunakan ialah 4-Dimethylamino Pyridine dengan menggunakan media asas XER. Parameter yang dikaji ialah purata peratus protokom yang berproliferasi dan purata bilangan jasad seperti protokom per eksplan. Ujian ANOVA menunjukkan babawa tidak terdapat perbezaan beerti pada aras keertian 0.05 diantara kesemua media rawatan yang dikaji. Kajian menunjukkan bagi protokom yang tidak dipotong mencatatkan purata peratus protokom yang berproliferasi yang tertinggi ialah media XER + 0.6 mg/L DMAP (77.00±4.83) peratus, dan yang terendah adalah media XER + 100 g/L ekstrak pisang (50.00±46.50) peratus. Purata bilangan jasad seperti protokom per eksplan mencatatkan media XER + 100 ml/L air kelapa mencatat bilangan tertinggi iaitu dengan julat (25 - 70). Sementara protokom yang dipotong menunjukkan media media XER + 100 ml/L air kelapa mencatatkan purata peratus protokom berproliferasi yang tertinggi iaitu (31.00±42.49) peratus, dan yang terendah media XER + 0.6 mg/L DMAP (3.00±6.71) peratus. Bagi bilangan jasad seperti protokom per eksplan mencatatkan media XER + 100 ml/L air kelapa mencatat julat tertinggi (138 - 161).
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | 4-Dimethylamino Pyridine hormone, complex additive, XER-based medium, ANOVA test, protocorm, Phalaenopsis gigantea |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 20 Feb 2014 10:26 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 11:50 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8292 |
Actions (login required)
View Item |