Kesan jenis makanan yang berbeza terhadap pertumbuhan dan kadar kemandirian ikan ketutu (Oxyeleotris marmoratus) juvenil

Muhamad Hanif Zairuni (2008) Kesan jenis makanan yang berbeza terhadap pertumbuhan dan kadar kemandirian ikan ketutu (Oxyeleotris marmoratus) juvenil. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001930.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan kesan makanan yang berbeza terhadap kadar kemandirian dan pertumbuhan ikan ketutu, (Oxyeleotris marmoratus) peringkat juvenil. Eksperimen telah dilakukan dengan 3 jenis makanan iaitu cacing darah, makanan until dan ikan baja. Tiga kumpulan ikan juvenil (3 replikasi per kumpulan. 30 juvenil per replikasi) telah diberi diet yang berbeza ini selama 30 hari. Pada 10 hari yang pertama, jumlah makanan yang telah diberi adalah sebanyak 6 % daripada jumlah berat badan, kemudian meningkat kepada 7 % daripada jumlah berat badan pada hari ke 11 sehingga 20 dan 8 % daripada jumlah berat badan pada hari 21 hingga 30. Data pertumbuhan dan kadar kemandirian telah diambil pada setiap 10 hari. Keputusan kajian telah menunjukkan pertumbuhan dan kadar kemandirian ikan ketutu juvenil adalah paling tinggi dengan cacing darah, diikuti dengan ikan baja. Ikan ketutu juvenil yang telah diberi makanan until menunjukkan kadar pertumbuhan dan kemandirian yang yang paling rendah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: type of feed, survival rate of juvenile, marble goby, diet, frozen bloodworm, dry Kintaro trash fish
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 20 Feb 2014 11:31
Last Modified: 12 Oct 2017 11:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8303

Actions (login required)

View Item View Item