Naswan Yunus (2009) Pengaruh guna tanah terhadap luahan air: Aplikasi GIS dan model kaedah rasional ke atas luahan air. kajian kes: Lembangan Sungai Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002017.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ilmiah yang bertajuk "Pengaruh Guna Tanah Terhadap Luahan Air : Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) Dan Kaedah Rasional Ke atas Luahan. Kajian Kes : Lembangan Sungai Tuaran" adalah satu kajian yang berkaitan sains hidrologi dan guna tanah. la menggunakan Model Kaedah Rasional dalam melihat jumlah luahan bagi selurah kawasan Lembangan Sungai Tuaran. Kadar luahan bagi sesuatu kawasan sebenamya mempunyai satu rantaian hidrologi dimana ia akan saling mempengaruhi apabila ia bertindak balas secara negatif. Keberkesanan perisian Sistem Maklumat Geografi juga dilihat sebagai perisian yang sangat membantu dalam menjalankan kajian seperti ini. Peranannya dalam pengurusan data menjadikan ia sentiasa mengalami integrasi dan digunakan dalam kajian yang berkaitan ruangan. Kawasan Tuaran yang semakin diancam oleh perubahan geofizikal dan perubahan morfologi Sungai Tuaran merupakan satu tranformasi masa dimana penggunaan guna tanah yang ekstrem telah menjadikan kualitinya semakin rendah. Ekoran dari itu, jumlah luahan di kawasan lembangan Sungai Tuaran harus diperhatikan dengan lebih dekat agar jumlah luahan yang dihasilkan tidak melebihi kadar yang sepatutnya dihasilkan oleh lembangan tersebut. Pendekatan model hidrologi berteraskan kepada perisian Sistem Maklumat Geografi harus diintegrasikan bersama agar kadar luahan ini dapat diperhatikan dan pada masa yang sama corak guna tanah boleh dilihat dengan lebih dekat. Hasil akhir yang akan dihasilkan adalah maklumat lengkap tentang corak guna tanah dan kadar luahan yang terhasil dan yang paling utama adalah peta guna tanah bagi kawasan seluruh lembangan Sungai Tuaran.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Geography Information System, Rational Model Method, Tuaran River Basin, runoff, hydrology chain, geophysical change, morphological change |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 14 Mar 2014 11:58 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 16:00 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8505 |
Actions (login required)
View Item |