Muhd Saufi Muhd Arif (2007) Kesan rawatan air panas dan pra-penyejukan serta penyimpanan pada beberapa tahap suhu ke atas kualiti hirisan nanas segar untuk dimakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002208.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan rawatan air panas dan prapenyejukan terhadap kualiti nanas makan segar yang dihiris pada tahap suhu yang berbeza. Kajian ini telah dijalankan di makmal Penyelidikan Teknologi Tumbuhan di Universiti Malaysia Sabah selama 3 minggu dengan menggunakan Rekabentuk Faktorial sebagai rekabentuk eksperimen. Sebanyak 3 jenis rawatan dijalankan iaitu kawalan, air panas dan pra-penyejukan dengan suhu penyimpanan 2°C, 4°C dan 6°C. Setiap rawatan untuk setiap tahap suhu mempunyai 3 replikasi. Parameter yang dikaji adalah pemerhatian wama, kehilangan berat, nilai pH, dan vitamin C. Rawatan pemanasan memberikan hasil yang lebih baik dari segi pemerhatian wama berbanding rawatan lain manakala rawatan penyejukan memberikan hasil yang lebih baik dalam meminimakan pengurangan berat. Keputusan menunjukkan rawatan air panas juga dapat mengekalkan nilai vitamin C terhadap nanas manakala nilai pH tidak mempunyai perbezaan yang ketara antara rawatan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | hot-water treatment, pre-cooling treatment, sliced pineapple, temperature, Factorial Design |
Subjects: | ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ?? |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 29 Apr 2014 12:59 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 11:40 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8893 |
Actions (login required)
View Item |