Liew, Vun Kiun (2007) Penggunaan persamaan terbitan linear peringkat kedua dan kaedah Runge-Kutta-Nystrom dalam masalah bandul. University Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002247.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah sistem bandul dengan menggunakan kaedah analitik dan kaedah berangka dan membandingkan kedua-dua kaedah ini. Kaedah yang digunakan pada kaedah analitik ialah kaedah persamaan homogen dengan pekali pemalar manakala kaedah berangka pula ialah kaedah Runge-Kutta-Nystrom tahap-3. Persamaan sistem bandul d²θ/dt²+ g/l sin θ = 0 adalah merupakan bentuk persamaan terbitan kedua yang tak linear. Syarat awal bagi sistem bandul ringkas ialah θ(0) = 0, θ’(0) = 1 dan P = 1 akan ditetapkan disepanjang pengiraan. Penyelesaian kaedah persamaan homogen dengan pekali pemalar memberikan persamaan θ’(t) = pkos(pt). Hasil pengiraan bagi kedua-dua kaedah ialah halaju v atau θ'. Hasil kajian mendapati bahawa penyelesaian meggunakan kaedah persamaan homogen dengan pekali pemalar adalah Iebih mudah dan cepat daripada kaedah Runge-Kutta-Nystrom tahap-3. Penggunaan kedua-dua kaedah persamaan homogen dengan pekali pemalar dan kaedah Runge-Kutta-Nystrom tahap-3 adalah dapat menyelesaikan persamaan sistem bandul ringkas.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | simple pendulum, Runge-Kutta-Nystrom, linear equation, coefficient method |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 19 May 2014 08:50 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 12:07 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9045 |
Actions (login required)
View Item |