Kesan hormon terhadap penggandaan paphiopedilum rothschildianum secara in vitro menggunakan protokom

Judith Saikeh (2007) Kesan hormon terhadap penggandaan paphiopedilum rothschildianum secara in vitro menggunakan protokom. University Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002252.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Paphiopedilum rothschildianum merupakan salah satu daripada spesies orkid liar yang semakin terancam pada masa kini. Salah satu cabang tisu kultur iaitu teknik mikropropagasi telah diaplikasikan ke atas P. rothschildianum untuk menghasilkannya dalam kuantiti yang banyak dalam jangka waktu yang lebih singkat. Kajian ini adalah untuk mengkaji kesan hormon ke atas proliferasi serta perkembangan protokom P. rothschildianum. Protokom P. rothschildianum dikulturkan ke atas medium RE (Robert Ernst, 1967) yang mengandungi hormon auksin (NAA dan 2,4-D) dengan kepekatan yang berbeza (0, 0.5, 1.0,2.0 mg/L) serta hormon sitokinin (BAP) juga dengan kepekatan yang berbeza (0, 0.5, 1.0, 2.0, 3.0 mg/L). Ketiga-tiga hormon ini ditambahkan secara tunggal ke dalam medium RE dan juga kombinasi hormon sitokinin dan auksin (BAP dengan NAA serta BAP dengan 2,4-D). Dalam kajian ini, didapati bahawa eksplan yang dikulturkan atas media yang ditambahkan dengan hormon NAA secara tunggal dengan kepekatan 0.5mg/L tela merangsangkan proliferasi protokom bermula pada hari ke-30 dan mencatatkan min protokom baru yang paling tinggi (6.1±7.2) serta menunjukkan kadar pertumbuhan yang cepat. Bagi rawatan dengan hormon 2,4-D, kadar proliferasi yang paling tinggi dapat dilihat dalam media kawalan (Omg/L) iaitu dengan purata 3.0±0.7 pada hari ke-120 pemerhatian. Kadar proliferasi yang rendah dilihat dalam media dengan kepekatan 1.0mg/L iaitu min purata sebanyak 2.5±1.7 pada hari ke-120 pemerhatian. Untuk hormon BAP pula, didapati media dengan kepekatan 0.5 mg/L (2.9±1.0) serta media dengan kepekatan 2.0 mg/L (2.4±1.7) menunjukkan purata protokom baru yang tinggi pada hari ke-120 pemerhatian dijalankan. Kesan kombinasi hormon pula adalah negatif menunjukkan protokom tidak sesuai dikulturkan dalam media ini dengan kehadiran kombinasi hormon. Daripada kajian ini, boleh dikatakan bahawa kesan hormon NAA secara tunggal dengan kepekatan 0.5 mg/ml dalam media RE yang ditambahkan dengan vitamin MS (kekuatan penuh), sukrosa dan 10% air kelapa adalah sesuai dijadikan media untuk proliferasi serta untuk perturnbuban protokom kepada plantlet dengan cepat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: orchid, endangered species, micropropagation technique, tissue culture, proliferation
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 May 2014 10:37
Last Modified: 13 Oct 2017 12:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9055

Actions (login required)

View Item View Item