Hong, Shia Leng (2007) Pengkomposan vermikultur dan kesan vermikas terhadap pertumbuhan Vigna sinensis. University Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002266.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Dalam kajian ini sebanyak enam bekas dengan ketinggian 15cm, kelebaran 20cm dan panjang 50cm digunakan di mana tiga bekas diletakkan najis lembu dengan cacing Eisenia feotida (NL+C) manakala tiga bekas yang lain banya diletakkan najis lembu(NL) sebagai kawalan. Pada minggu keempat, didapati vermikas ataupun najis cacing (hasil vermikomposan najis lembu dengan menggunakan cacing) menunjukkan perubahan struktur yang ketara. Didapati butiran dan stuktur najis lembu semakin bertambah kecil, halus dan berwarna hitam kegelapan berbanding dengan minggu sebelumnya. Perbezaan peningkatan kepekatan nutrien kuprum, zink, kalium dan magnesium dalam keenam-enam bekas juga dianalisis selama lima minggu dengan menggunakan spektrofotometer serapan atom (AAS). Didapati peningkatan kepekatan zink. kalium dan magnesium adalah lebih tinggi di dalam NL+C berbanding dengan NL pada setiap minggu. Kuprum pula mengalami penurunan dalam NL+C dan juga dalam NL. Walaupun data menunjukkan terdapat perbezaan kepekatan keempat-empat nutrien di antara NL+C dengan NL tetapi hanya kalium yang menunjukkan perbezaan yang signifikan. Vermikas yang terhasil juga digunakan untuk menguji kesannya terhadap pertumbuhan 25 pokok Vigna sinensis (kacang panjang) dengan nisbah 0%, 5%,10% dan 15% kepada tanah gambut. Penggunaan 15% vermikas mencatatkan peningkatan ketinggian pokok dan kebolehan percambahan biji benm yang paling tinggi. Ia diikuti dengan penggunaan 10%, 5% dan 0%. Penghasilan lenggai kacang panjang pula adalah paling tinggi dalam 5% vermikas diikuti dengan 15% dan 10%.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | vermicast, Vigna sinensis, long bean, cow excrement, nutrients concentration, germination, growth |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 26 May 2014 10:35 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 12:18 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9097 |
Actions (login required)
View Item |