Arlina Arbain (2005) Status pemakanan dan corak pemberian makan bayi di sekitar klinik-klinik tempatan di daerah Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002284.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kejayaan pemakanan yang baik semasa bayi banyak bergantung kepada pilihan kaedah pemberian makan yang awal, penggunaan nutrien tambahan yang betul, corak dan masa pengenalan makanan tambahan dan kawalan pertumbuhan yang baik, status pemakanan dan juga kewujudan penyakit yang lain. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji status pemakanan dan corak pemberian makan bayi di klinik-klinik tempatan di daerah Tuaran. Responden kajian terdiri daripada 200 orang pasangan bayi dan ibu. Borang soal selidik merangkumi faktor demografi, sejarah kesihatan bayi, pengetahuan pemakanan dan tabiat dan amalan makan bayi. Penilaian status pemakanan bayi dilakukan melalui kaedah ingatan semula diet-24 jam yang diisi oleh ibu dan pengukuran antropometri. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 12.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan ibu mengamalkan penyusuan susu ibu kepada bayi (89.5%) dan kebanyakan ibu didapati berpengetahuan berkenaan pemberian makan bayi dan mengamalkan pemberian makanan tambahan di usia bayi antara 4-6 bulan. Faktor sokongan dan galakan daripada pelbagai pihak (x²=246.12, p=0.000), tahap pengetahuan ibu berkenaan amalan pemberian makan (X²= 66.514, p=0.000) dan status kesihatan bayi (X²= 14.479, p=0.013) telah dikenalpasti sebagai faktor yang mendorong kepada penyusuan susu ibu. Tahap pertumbuhan bayi kebanyakannya adalah normal iaitu (89.5%). Sebagai kesimpulan, didapati corak pemberian makanan bayi oleh kebanyakan responden adalah mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (1999) yang menggalakkan penyusuan susu ibu sejak lahir dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | infant feeding, feeding method, nutrient supplement, growth development, nutritional status |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 03 Jun 2014 13:52 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 12:42 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9148 |
Actions (login required)
View Item |