Intervensi pendidikan pemakanan untuk meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

She, Carole Cha Tou (2013) Intervensi pendidikan pemakanan untuk meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002304.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kesan intervensi pendidikan pemakanan bagi meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kalangan 45 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Intervensi selama dua bulan ini meliputi kursus mengenai Panduan Diet Malaysia termasuk piramid makanan, kandungan nutrien buah-buahan dan sayur-sayuran serta kebaikannya kepada kesihatan. Sebelum dan selepas intervensi; subjek telah dinilai dari segi pengetahuan pemakanan dengan menggunakan borang soal selidik, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menggunakan borang soal selidik kekerapan pengambilan makanan, FFQ dan pengambilan serat ditentukan dengan menggunakan borang rekod pengambilan makanan selama tiga hari. Berdasarkan hasil kajian ini, didapati bahawa min±sp pengambilan buah-buahan (hidangan/hari) oleh subjek telah meningkat secara signifikan (p=0.00) dari 1.2±0.8 hidangan/hari sebelum intervensi ke 2.6±1.7 hidangan/hari selepas intervensi (Wilcoxon signed-rank test). Pengambilan sayur-sayuran telah meningkat (p=0.00) dari 2.6±1.7 ke 4.3±2.0 hidangan/hari sebelum dan selepas intervensi masing-masing (min±sp hidangan/hari; ujian t-berpasangan). Pengambilan serat (g/hari) dalam kalangan subjek telah meningkat secara signifikan (p=0.00) dari 6.9±1.8g (sebelum intervensi) ke 9.9±2.8g (selepas intervensi) (min±sp; ujian t berpasangan). Markah pengetahuan pemakanan telah meningkat secara signifikan selepas intervensi untuk 86.7% subjek di mana min markah telah meningkat dari 14.1±3.4% (sebelum intervensi) ke 21.8±2.4% (selepas intervensi). Kesimpulannya, intervensi didapati berkesan dalam meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, pengetahuan pemakanan serta pengambilan serat dalam sehari. Peningkatan ini menunjukkan min pengambilan (hidangan/hari) kedua-dua buah-buahan dan sayur-sayuran telah mencapai saranan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam Piramid Makanan Malaysia

Item Type: Academic Exercise
Keyword: consumption of fruit, intervention, serving size, Malaysian food pyramid, food intake
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 30 Sep 2014 14:12
Last Modified: 13 Oct 2017 12:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9610

Actions (login required)

View Item View Item