Chang, San San (2013) Pembungkusan dan kualiti penyimpanan serbuk air kelapa muda pandan campuran mangga yang dikering sejukbeku. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002305.pdf Download (12MB) | Preview |
Abstract
Kesan penyimpanan dan pembungkusan formulasi terbaik bagi serbuk air kelapa muda pandan campuran mangga yang dikering sejukbekukan yang telah dibangunkan dijalankan dalam kajian ini. Pembentukan ketulan merupakan fenomena yang dihadapi dalam serbuk air kelapa muda pandan campuran mangga yang dikering sejukbekukan semasa pengendalian dan penyimpanan. Kajian ini dilakukan untuk menentukan kepekatan silikon dioksida (agen anti-ketulan) yang terbaik terhadap serbuk air kelapa muda pandan campuran mangga. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji pembungkusan dan kualiti penyimpanan bagi serbuk air kelapa muda pandan campuran mangga selama 10 minggu bagi menentukan pembungkusan yang terbaik. Dalam kajian ini, silikon dioksida telah ditambahkan ke dalam air kelapa muda pandan campuran mangga pada tiga peringkat (0.5%, 1.0% dan 1.5% silikon dioksida) bersama dengan kawalan dan dikeringkan dengan menggunakan mesin pengeringan sejukbeku selama 24 jam, untuk memperolehi serbuk yang mempunyai kandungan kelembapan 4% hingga 5%. Pengurangan pembentukan ketulan serta peningkatan sifat dan keadaan kering dapat dicapai oleh serbuk air kelapa muda pandan campuran mangga dengan penambahan 0.5% silikon dioksida. Kemudian, serbuk air kelapa muda pandan campuran mangga telah dibungkus ke dalam pembungkusan Oriented polipropilena/ polietilena (OPP/PE), Oriented polipropilena/ polietilena - Oriented polipropilena/ Metalized Polietilena Terephthalate (OPP/PE - OPP/MPET), Oriented polipropilena/ Metalized Polietilena Terephthalate (OPP/MPET) dan Aluminium laminated polietilena (ALP) dan disimpan pada suhu bilik untuk kajian penyimpanan selama 10 minggu. Ciri-ciri kualiti serbuk dinilai berkenaan dengan pH, keasidan, kandungan kelembapan, aktiviti air, jumlah pepejal terlarut dan vitamin C semasa penyimpanan. Keasidan, kandungan kelembapan dan aktiviti air meningkat secara signifikan (p<0.05), manakala jumlah pepejal terlarut, pH dan vitamin C pula menurun secara signifikan (p<0.05) semasa penyimpanan. ALP menunjukkan perubahan yang paling kurang berbanding dengan pembungkusan yang lain sepanjang 10 minggu penyimpanan. ALP menunjukkan rupa fizikal yang terbaik dan kiraan bakteria tidak melebihi 5000 CFU/g serta tiada pertumbuhan yis dan kulat didapati sepanjang 10 minggu penyimpanan ini. Melalui kaedah perbezaan daripada kawalan, ALP didapati oleh panel mempunyai skor rasa yang paling kurang perbezaan. Keputusan dalam kajian ini mencadangkan pembungkusan ALP adalah paling sesuai dalam penyimpanan serbuk air kelapa muda pandan campuran mangga yang dikering sejukbekukan ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | storage and packaging, freeze dried powder mixture, pandan young coconut water, caking, mango, silicon dioxide |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 30 Sep 2014 14:09 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 12:59 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9611 |
Actions (login required)
View Item |