Chong, Shirley Li Fang (2013) Tabiat makan dan persepsi imej tubuh di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002311.pdf Download (11MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan menentukan tabiat makan dan persepsi imej tubuh di kalangan pelajar UMS. Seramai 144 orang responden terlibat dalam kajian ini (93 orang wanita, 51 orang lelaki) yang berumur di antara 19 hingga 26 tahun (min=22.63±1.337). Kajian ini melibatkan soal selidik, ingatan semula diet tiga hari dan pengukuran antropometri (berat badan, ketinggian, peratus lemak badan dan lilitan pinggang). Imej badan telah dinilai menggunakan Rajah Skala Rujukan. Majoriti 80 (56.6%) pelajar mempunyai berat badan bersesuaian termasuk 23 (45.1%) responden lelaki dengan 57 (61.3%) responden wanita. Dalam klasifikasi berat badan berlebihan dan obesity, bilangan responden lelaki adalah lebih banyak daripada responden wanita (25.5% vs. 11.8%). Sebaliknya, responden wanita adalah lebih banyak dalam klasifikasi kekurangan berat badan berbanding dengan responden lelaki (22.6% vs. 21.6%). Kajian ini didapati terdapat hubungan yang signifikan antara BMI dengan kekerapan makanan sarapan pagi. Responden wanita lebih cederung mempunyai kelihatan tubuh badan yang kurus secara signifikan (p<0.005) berbanding dengan lelaki. Korelasi signifikasi yang positif telah didapati dalam golongan lelaki r(51)=0.372, p>0.05 dan golongan perempuan r(93)=0.215, p> 0.05
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | eating behavior, body image, perception, BMI, anthropometry measurements |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 23 Sep 2014 14:17 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 13:04 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9622 |
Actions (login required)
View Item |