Sopiah Che Aziz (2013) Pembangunan jeli pektin empulur jambu batu merah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002314.pdf Download (10MB) | Preview |
Abstract
Penyelidikan ini dilakukan untuk membangunkan jeli pektin yang berasaskan empulur buah jambu batu merah. Formulasi untuk jeli tersebut adalah berdasarkan pengubahsuaian dari segi peratus empulur buah jambu batu merah dan peratus pektin. Penyelidikan awal meliputi pemilihan formulasi terbaik di mana lapan formulasi telah disediakan dan tiga terbaik dipilih melalui ujian pemeringkatan. Formulasi F3 telah dipilih sebagai formulasi terbaik daripada tiga formulasi iIni melalui ujian hedonik. Formulasi tersebut mengandungi 1 % serbuk empulur jambu batu merah, 1% pektin, 20 % puri jambu batu merah, 0.5 % asid sitrik, 35 % gula, 23 % sirap glukosa, 4.1 % gula halus dan 15.5 % air. Dari keputusan ujian fizikokimia, produk akhir yang segar mempunyai nilai pH 3.56 ± 0.07, jumlah pepejal larut 77.0 ± 0.00 ° Briks dan jumlah keasidan 0.73ª ± 0.00. Daripada analisis proksimat produk akhir mengandungi 18.46 ± 0.68% lembapan, 0.5 ± 0.14 % abu, 0.21 ± 0.11 % lemak, 0.2 ± 0.00 % protein, 10.54 ± 0.62 % sera but kasar dan 75.58 ± 6.42 % karbohidrat Bagi ujian mutu simpanan, produk akhir jeli telah disimpan selama lapan minggu tidak menunjukkan perbezaan yang nyata (p20.05) dari segl warna, tekstur, keseimbangan rasa, rasa serbuk jambu batu merah dan penerimaan keseluruhan. Analisis fzikokimia juga tidak menunjukkan tidak menunjukkan perubahan yang nyata (p 2. 0.05). Selain itu, ujian mikrobiologi menunjukkan terdapat sedikit pertumbuhan mikroorganisma pada minggu ke-4, ke-6 dan ke-8 dalam media PCA iaitu 2.0 x 10¹, 5.1 x10¹ dan 1.3xl02. Manakala jumlah koloni dalam media PDA pula adalah 1.4 xl02,4.2x10² dan 9.2x10² pada minggu ke-4, ke-6 dan ke-8. Kajian pengguna menunjukkan bahawa 85% menyukai produk Ini manakala 15 % yang lain tidak suka. Selain itu, sebanyak 73 % pengguna menyatakan bahawa produk ini menepati cita rasa dan 23 % yang lain tidak. Sebanyak 80 % pengguna akan membeli produk ini jlka la dipasarkan manakala 20 % lagi tidak akan membeli.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | pectin jelly, pink guava pulp, formulation, hedonic test |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 23 Sep 2014 14:07 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 13:08 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9627 |
Actions (login required)
View Item |