Roey Boney Adih (2011) Pembangunan keropok daripada sayur bayam merah (Amaranthus Gangeticus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002318.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Kajian bertujuan untuk membangunkan keropok daripada sayur bayam merah (Amaranthus gangeticus). Pemprosesan keropok melibatkan proses pengadunan, pembentukan, pengukusan, penyejukan, penghirisan, dan pengeringan. Kandungan proksimat, sifat fizik, dan tempoh penyimpanan keropok yang dihasilkan juga dikaji. Terdapat enam formulasl dikaji yang mana formulasl terbaik dipilih melalul dua peringkat penilaian sensori iaitu ujian pemeringkatan dan ujian skala Hedonik. Formulasi terbaik mengandungi sayur bayam terbanyak iaitu 37 % , 40 % tepung ubi, 0.5 % gula, serbuk lada hitam dan MSG, serta 1.5 % garam. Analisis mendapati formulasi terbaik mengandungi 10.87 ± 0.15 air atau lembapan, 3.60 ± 0.1 abu, 31.23 ± 0.06 protein, 0.37 ± 0.01 lemak, 2.52 ± 0.01 serabut kasar, dan 51.41 karbohidrat Pengembangan linear dan penyerapan minyak adalah masing-masing 61.24 ± 0.04 dan 12.19 ± 0.17. Formulasl terbaik juga dapat mengekalkan mutunya sepanjang penyimpanan selama 5 minggu. Secara keseluruhan, formulasl Ini berkualiti tinggi kerana mengandungi protein yang tinggi dan kandungan lemak yang rendah.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | cracker, red spinach, formulation, sensory evaluations |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 30 Sep 2014 14:11 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 13:13 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9639 |
Actions (login required)
View Item |