Misel Adrian Loumin (2013) Kesan penambahan serbuk rumpai laut (Caulerpa lentillifera) ke atas ciri-ciri fizikokimia biskut cip coklat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002321.pdf Download (10MB) | Preview |
Abstract
Rumpai laut Caulerpa Lentillifera kurang digunakan dalam penghasilan produk makanan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penambahan rumpai laut Caulerpa Lentillifera ke atas biskut cip coklat. Analisis proksimat, mineral dan tenaga digunakan bagi mengkaji sifat kimia biskut campuran serbuk rumpai laut manakala sifat fizikal dikaji berdasarkan warna, Spread ratio, serta kekerasan dan kerapuhan. Penerimaan pengguna dikaji dengan menggunakan ujian hedonik. Ujian analisis proksimat dan ujian kualiti biskut, campuran serbuk rumpai laut meningkatkan nilai pemakanan yang lebih baik dibandingkan dengan biskut formulasi kawalan. Penambahan serbuk rumpai laut mempengaruhi nilai beberapa kandungan nutrien di mana serbuk rumpai laut meningkatkan kandungan protein, lemak, karbohidrat, mineral (magnesium). Kualiti sifat fizikal bagi biskut formulasi campuran rumpai laut mempunyai kualiti yang rendah berbanding biskut formulasi kawalan dimana serbuk rumpai laut mempengaruhi sifat fizikal biskut seperti warna, nilai spread ratio, serta kekerasan dan kerapuhan biskut formulasi campuran serbuk rumpai laut. Formulasi yang paling diterima oleh pengguna adalah biskut formulasi campuran rumpai laut yang mempunyai kandungan serbuk rumpai laut terendah iaitu 3% yang dipilih menggunakan ujian hedonik.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Caulerpa Lentillifera, seaweed, food product, chocolate chip cookies, hedonic test |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 29 Sep 2014 11:45 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 13:17 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9643 |
Actions (login required)
View Item |