Kesan pengeringan berbeza ke atas sifat fizikokimia serbuk roselle dan aplikasi dalam serbuk minuman segera

Mohd Misbahuddin Ibrahim (2013) Kesan pengeringan berbeza ke atas sifat fizikokimia serbuk roselle dan aplikasi dalam serbuk minuman segera. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002323.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan proses pengeringan ke atas kandungan nutrien kaliks roselle ataupun nama saintifiknya Hibiscuss salxfariffa L dan menghasilkan satu produk serbuk minuman segera. Menerusi kajian awal proses pengeringan didapati serbuk yang dihasilkan dari pengeringan secara vakum lebih baik dan konsisten berbanding pengeringan secara udara panas kabinet. Hasil produk adalah berwarna ungu cerah. Sebanyak 8 formulasi telah dibangunkan dan akhirnya hanya 3 formulasi yang dipilih setelah ujian pemeringkatan dilakukan. Kemudian ujian sensori peringkat hedonik dilakukan bagi menentukan formulasi terbaik berdasarkan beberapa atribut yang dikaji. Hasilnya berdasarkan analisis ANOVA sampel F6 adalah formulasi yang paling disukai dengan kandungannya terdiri daripada 25% serbuk roselle, 60% serbuk gula, 5% ekstrak stevia, 7% CMC dan 3% maltodekstrin adalah terbaik berbanding yang lain iaitu bagi atribut warna 6.18±0.68, aroma 5.70±0.91, kepekatan 5.80±0.69, kemanisan 6.03±0.81, kemasaman 6. 13±0.76, rasa 6.23±0.66, aftertaste 5.90±0.51 dan penerimaan keseluruhan 6.35±0.58. Analisis proksimat juga dijalankan bagi menentukan nilai pemakanan produk ini iaitu kandungan air 3.91±0.38, abu 0.62±0.58, protein 2.42±0.12, serat kasar 1.18±0.01, lemak 0.10±0.01 dan karbohidrat 91.77±0.00.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: drying method, Roselle calyxs, instant product, Balanced Incomplete Block (BIB) test, hedonic test, vacuum drying method
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Sep 2014 11:43
Last Modified: 13 Oct 2017 14:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9645

Actions (login required)

View Item View Item